CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada 146 Gambar Tangkap Layar Berunsur Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

23-6-2023 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4549| Komen: 62

TENOM – Laporan analisis sebuah lagi telefon bimbit yang diperiksa dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew mendapati ada gambar berunsur lucah terkandung dalam telefon itu.

Kandungan itu diperoleh daripada sebuah telefon jenama iPhone yang dianalisis pada 20 Oktober 2021 oleh Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.


Foto: IG

Latifah yang juga saksi ketujuh kes itu berkata, hasil analisis yang dijalankan, sebanyak lapan gambar berkaitan dengan permohonan pegawai penyiasat iaitu bagi mengeluarkan data/maklumat/perbualan/ apa-apa berkaitan unsur seksual.

Hasil analisis kemudiannya disalin ke dalam sebuah cakera padat (CD) untuk diserahkan semula kepada Pegawai Penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri.

Latifah berkata, telefon bimbit serta laporan analisis itu kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat yang datang mengambil barang kes itu di Makmal Forensik PDRM pada 26 Oktober 2021.



“Pemerhatian yang dijalankan terhadap hasil analisis mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon berkenaan. Ada lapan imej terkandung dalam CD tersebut,” katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Majistret hari ini.

Berdasarkan gambar yang dianalisis, kesemua lapan gambar dipercayai berunsur lucah atau seksual itu didapati daripada aplikasi WhatsApp yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp daripada telefon bimbit bertanda H6 iaitu telefon iPhone.

Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai imej atau gambar yang diubah suai atau dikacau ganggu, saksi ketujuh itu memberitahu mahkamah daripada lapan gambar dianalisis, satu gambar iaitu gambar kelapan telah ditambah pelekat (sticker) di bahagian atas gambar, manakala gambar lain tidak diubah suai.

Pada perbicaraan sebelah pagi tadi, Latifah memberitahu mahkamah bahawa dalam telefon yang dianalisis sebelum ini yang bertanda N1, sebanyak 936 gambar tangkap layar telah diperoleh.


Daripada jumlah itu, sebanyak 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah turut dikeluarkan daripada telefon bimbit berjenama Samsung tersebut.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom di antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria, manakala Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbasir 23-6-2023 08:20 AM
xpe.. Allah sayang dia
Quote Erotika 23-6-2023 08:40 AM
Masa kes dia ni org exposed.bau2 ikan dulu ramai pentaksub kemain lagi backup. Pitenah kate nye… dah agak dah dia ni clout chaser!

Sama je dgn lebai2 PAS yg gigih berpolitik tu sume.. memperdagangkan akhirat demi kesenangan dunia!!
Quote Kitty_catz 23-6-2023 08:41 AM
banyak le bebenang setad poron ni... tabuleh merge ke haaaaaaaaa?
Quote CoffeeOverdose 23-6-2023 08:43 AM
Rebbit.. rebbit.. krukkruk (bunyi katak) Setat pojaan suri rmh yg kergersangan. Serius, iol geli tgk muka rebbit..
Quote Raline 23-6-2023 08:54 AM
Kitty_catz replied at 23-6-2023 08:41 AM
banyak le bebenang setad poron ni... tabuleh merge ke haaaaaaaaa?


Quote Perwira2022 23-6-2023 08:54 AM
Ebit Irawan Ibrahim
Nuat Ibrahim

Banyak persamaan mereka  berdua ni

1. Sama2 menunggang agama
2. Sama2 hipokrit berlakon suci murni depan pentaksub masing2
3. Nama bapak pun sama kahkahkah
4. Dua2  gila sex luar nikah
5. Dua2 ada video lucah di alam maya
6. Dua2 sangat popular dan ramai pentaksub fanatik bodoh
7. Dua2 pentaksub masing2 kata idola mereka kena fitnah

Tapi yg kelakarnya, pentaksub Nuar suka mencela Ebit Lew padahal idola mereka berkelakuan yg sama
Quote Kitty_catz 23-6-2023 08:56 AM

temfek gambo ni yach... moga2 sejuk cikettt ati2 acik porem sebelum nak menghencap.. pi mekah pon nak branded head to toe.. eee ebit_mekah.JPG
Quote KamikuP 23-6-2023 10:04 AM
Dugaan utk org yg kuat menhadapinya. Allah sayang kita semua
Quote awekjepun 23-6-2023 10:26 AM
Aku malas nk follow kes ni sbb libat doa ebit dgn Allah dan mangsa je.. aku lg berminat nk tahu isu yg didiamkan oleh media. Isu ex DG mengaku kat mahkamah dia xtahu kandungan vaksin dan mengaku vaksin boleh sebabkan sakit jantung ( mati). Haram media x cover pun
Quote prince_marhaen 23-6-2023 10:55 AM
patutlah bidadari tetap hadap cendawan enoki pink lebam si bebird lewit ni.....asalkan dapat pakai barang branded walaupun berkelubung ye...... tak kisah share bebird lebam.... boleh lah bermadu ngan monday vajayina lepas ni
Quote ctkusiam 23-6-2023 12:12 PM
Selalu org2 alim ni fantasi sex dia liar? Btw dia ni alim ke dia? tk pernah lak tgk dia ceramah2 pasal agama.. asyik misi bantuan & tolong2 org jew..
Quote tripleid 23-6-2023 12:23 PM
No wonderlah parti lobai menang byk kerusi pru lepas sbb senang  betul melayu  kena tipu dgn geng2 penunggang agama..
Quote syamzana 23-6-2023 12:28 PM
mana bukti bergambarnya takleh dipamerkan ke?
Quote otai_g 23-6-2023 12:28 PM
Phishang ebit liew. Terserlah true color. X de masalah kalo nak buat jahat. Yg jd masalah bila buat jahat tp berselindung di sebalik imej baik. Apo bondo.
Quote petpot 23-6-2023 01:23 PM
aku mmg x pernah suka dia sejak dr dulu lagi. zaman2 dia buat talk suami isteri. apa jadah tah. pastu dulu tv mana suka panggil dia jd pengacara. aku geli dia asyik la bidadari kan isteri. selalu org gini mmg byk red flag. true color terserlah masa pkp.
nasib otak aku bijak dr tertipu dgn mamat ni
Quote makadek 23-6-2023 01:35 PM
awekjepun replied at 23-6-2023 10:26 AM
Aku malas nk follow kes ni sbb libat doa ebit dgn Allah dan mangsa je.. aku lg berminat nk tahu isu  ...

Aku dh kena kesan nya
Quote Thunderclouds 23-6-2023 02:20 PM
Gambaq lucah mana gambaq lucah??
Quote Manusiabesa 23-6-2023 02:27 PM
Mana bini dia letak muka. Ya allh klw aku jd bini dia time2 cmni mmg rasa malu sesangat. Silap2 xtahan sgt aku minx seperate. Xsggup dh aku 1mlysia tau aib suami. Bini dia tahan ek.
Quote hyie 23-6-2023 03:43 PM
oo patutla heshe asik pakai kopiah je 24jam...ooo kisahnyaaa

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054134 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top