CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DS Vida Kemalangan- Badan Tercampak Ke Depan Antara Kerusi Pemandu Dan Penumpang, Nasib Cuma Kaki Yang Terseliuh

23-6-2023 07:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3828| Komen: 46

Datuk Seri Vida  terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor pada Isnin lalu.

Vida kata punca kemalangan itu disebabkan sebuah kereta tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan signal membuatkan pemandunya yang memandu Vellfire miliknya gagal mengelak.


Foto: IG

Kemalangan itu katanya turut melibatkan tiga buah kenderaan lain namun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaan masing-masing rosak akibat dilanggar.

“Sewaktu itu ada penyelenggaraan jalan dan terdapat kon pada pembahagi jalan. Secara tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu seorang wanita membelok ke kiri tanpa memberikan signal.

“Malah kereta itu juga brek secara mengejut dan menyebabkan kereta di depan kami juga brek mengejut.

“Saya langsung tidak keluar daripada kereta sebab takut jadi bergaduh pula. Mereka pun tidak tahu kemalangan itu melibatkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.




Dalam pada itu, Vida berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 12 tengah hari itu turut membuatkan dia tercampak daripada tempat duduknya di bahagian belakang kenderaan.

Kata Vida, biarpun kereta miliknya dalam keadaan agak teruk, namun bersyukur kerana tiada kecederaan berat menimpanya dan tiga lagi pekerja yang turut berada dalam kenderaan sama.


“Sewaktu perlanggaran berlaku, saya tercampak ke depan iaitu di antara kerusi pemandu dan penumpang di bahagian depan.

“Nasib baik kereta tidak laju, jadi saya tercampak sahaja dan tiada kecederaan melainkan kaki terseliuh sedikit.

“Mujur kepala saya tidak terhantuk pada kerusi bahagian penumpang di depan. Alhamdulillah, saya masih dilindungi walaupun kereta saya remuk teruk juga,” katanya.


Sementara itu, Vida berkata, dia tidak berani memberitahu anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak tentang kejadian menimpanya dan hanya memaklumkan perkara itu pada sebelah malam selepas kemalangan.

Kata Vida, dia tidak mahu anak-anaknya berasa bimbang dan menanti keadaan tenang sebelum memberitahu mereka.

“Saya beritahu anak-anak saya pada malam kejadian kerana tidak mahu mereka berasa risau.

“Bila keadaan sudah tenang, baru saya ambil keputusan untuk beritahu Cik B dan Kacak. Itu pun mereka sudah panik dan sedih mendengar khabar saya ditimpa kemalangan,” katanya.


Sebelum itu, Vida berkongsi sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan keadaan kereta selepas berlakunya kemalangan.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Vida memberitahu semuanya berada dalam keadaan selamat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rotipitadaging 23-6-2023 07:54 AM
Ada buat content terjerit2 dgn suara terkepit2 marah org lain tak mcm alep sokrey??
Quote yatiehanny 23-6-2023 08:23 AM
Sah2 tak pakai seatbelt.
Quote selipar_hijau 23-6-2023 08:28 AM
“Saya langsung tidak keluar daripada kereta sebab takut jadi bergaduh pula. Mereka pun tidak tahu kemalangan itu melibatkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar

Boleh imajin dah dia dalam keta tu mcm mana

Quote slyfynx 23-6-2023 08:42 AM
X nk up bape harga kerugian, or berapa upah pemandu ke?
Atau bape kene bayar kt hosp untuk urut kaki terseliuh?
Sure nilai juta2 ni
Quote ketupatnasi 23-6-2023 08:50 AM
erkk.... boleh ke bidah tercampak sampai ke kosi depan?
Quote guesswho09 23-6-2023 09:10 AM
Tak pakai seatbelt la tu
Sebab tu la walau dok belakang
i tetap pakai seat belt
Quote Cpkay 23-6-2023 09:42 AM
kalaulah terhantuk kepala mungkin sel sel otak bidah akan lebih berhubung.. huhuhuh
Quote dekmieDandy 23-6-2023 10:12 AM
dia DS negeri balak jugak ke

logo tu macam balak punya
Quote prettyuglybabe 23-6-2023 10:15 AM
cerita macam kereta penyet depan belakang..
rupanya tepi je..
sapa suruh follow rapat..
report pun sah-sah kau yang kena saman..
or else kereta ada dashcam untuk buktikan sebaliknya..
tapi nampak macam tak ada pun dashcam..
kereta marhaen pun fit dashcam inikan pulak kereta konon orka..
and padan la tercampak..
sapa suruh tak pakai seat belt..
Quote KamikuP 23-6-2023 10:45 AM
Toklip eksiden jadik konten ko pun sebok nak eksdien gak khuenz.. dasarrrr
Quote dudaberhias 23-6-2023 10:58 AM
Mujur terseliuh je?

Acik2 yang ko scam dan tipu mesti nak lebih dari tu...

Kalau mati pun lagi theyols bersyukur...

Quote mawardia 23-6-2023 11:03 AM
ketupatnasi replied at 23-6-2023 08:50 AM
erkk.... boleh ke bidah tercampak sampai ke kosi depan?

Kalu bidah boleh smpai tercampak maksudnya driver dia laju.
Quote prince_marhaen 23-6-2023 11:14 AM
knowing pompuan ni kaki spin, kaki plan drama, kaki propa.....tak terkejut pun... benda boleh plan kan... ekekekekeke.. sedangkan masa birthday anak berkerak haritu pun kantoi plan marah2 event decorator sebab nak clout...hujung2 kena spill benda tu semua dia plan...tapi followers tolol kan percaya cakap pompuan biol ni... haruslah event decorator kena kecam habis-habisan...
Quote ketupatnasi 23-6-2023 11:14 AM
mawardia replied at 23-6-2023 11:03 AM
Kalu bidah boleh smpai tercampak maksudnya driver dia laju.

kan sis! pastu mesti cedera teruk sebab momentum bukan sikit anak. mustahil setakat seliuh jahhhh
Quote sayurmayur88 23-6-2023 11:37 AM
kita boleh berhati2 tapi orang lain yg bawa kereta bahaya, kita yg jd mangsa
Quote Samerosie 23-6-2023 01:00 PM
Keta velhalla kau tak de seat belt ye? Beli timbang kilo gak ke?
Quote marchikobonzo 23-6-2023 04:11 PM
Nauzubillah jadi kat meols..dah la nak cui raya ni..
Quote laicibiru 23-6-2023 04:14 PM
kalau orang lain iols kesian, tapi kalau scammer tersangkak ni memang selayaknya la
Quote sharlenetexas 23-6-2023 04:27 PM
Lambang apa kat no plat tu?


Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.152501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top