CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cat Farish Dan Shikin Nikah 14 Julai, Nak Buat Besar-Besaran- Emma Maembong Gigih Carikan Tajaan

23-6-2023 07:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6863| Komen: 123

Cat Farish bakal berkahwin dengan Shikin Maembong pada 14 Julai ini.

Bukan hanya upacara pernikahan, pasangan ini juga bakal diraikan dalam tiga acara berbeza termasuk majlis berinai dan bersanding.


Foto: IG

"Dua perkahwinan terdahulu langsung tiada majlis bersanding dan hanya buat akad nikah sahaja tapi saya cadang nak buat majlis berinai secara kecil-kecilan.

"Tapi adik-beradik yang lain minta saya buat majlis yang lebih teratur... Jadi Insya Allah malam berinai pada 12 atau 13 Julai. Selepas itu, 14 Julai kami akan bernikah dan keesokan harinya bersanding," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Shikin meluahkan rasa syukur apabila perancangan perkahwinan turut mendapat bantuan daripada adiknya Emma Maembong yang bertungkus-lumus merancang dan mencari tajaan.

Buat masa ini katanya, dia bersyukur sudah mendapat beberapa tajaan termasuk dewan untuk mengadakan majlis nikah dan pakaian pengantin.



"Alhamdulillah keluarga menyambut baik keputusan saya dan Cat untuk mendirikan masjid malah Emma antara orang yang paling sibuk mahu menguruskan semuanya.

"Saya memang banyak berkongsi cerita dengan Emma, jadi bila saya beritahu nak kahwin dia tawarkan diri membantu sebagai wedding planner," katanya.

Untuk rekod, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014.


Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8, namun bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Manakala, Cat atau Farish Ramli, 48, sebelum ini pernah berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada Februari lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.



Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeetot 23-6-2023 08:16 AM
Sedih hidup mengharapkan tajaan.
Quote taji2906 23-6-2023 08:28 AM
si cat tu nampak macam tak sihat je. tapi semoga berjodohan la yek. tapi macam erkkkk... mengharapkan tajaan plak.
Quote likilu 23-6-2023 08:30 AM
Bapa mertua kan bapa for life

Mintak la ayah pelangi no 1 paling terkemuka di Malaysia tu nanti dia belikan sofa dan set meja makan. Tapi kena bebel dan dijatuhkan air muka di public la. Ala tahan sikit je. Apa sangat la maruah tu berbanding wang ringgit
Quote scarflicious 23-6-2023 08:35 AM
Hinanya... Semua minta di taja.
Quote ayukpingu 23-6-2023 08:39 AM
tak mampu tapi nak juga banyak majlis. lepas tu harapkan adik cari penaja...

agaknya kalau takde emma, majlis dia ni ringkas je la kan?
Quote cattiecute 23-6-2023 08:53 AM
aku baca tajuk pun memang rasa meminta maki
dah baca isi lagi la rasa nak maki hamun
ko setakat kakak retis sejuk beku pun harapkan tajaan
dah miskin takpayah la kahwin buat besar2
gigih kahwin kali ke 2 ke 3 pun nak buat besar2 dah tu harapkan sponsor
budak bbnu yang kerja tungkus lumus nak kahwin tak pinjam loan bank tak harap sponsor lagi ada maruah dari korang.
puiii
Quote arwenlotr 23-6-2023 08:54 AM
Ko sapa nak kena taja good luck
Quote sangbara2020 23-6-2023 08:56 AM
cari2 tajaan nih makna xde duit ehhh
Quote Raline 23-6-2023 08:56 AM
TERPALING HIPHOP LA NI?
Quote red_velvet 23-6-2023 08:57 AM
Edited by red_velvet at 23-6-2023 09:00 AM

Masing2 dah beruban...nak kawen besar2an, tak padan dengan tak berduit tapi  mintak ditaja ... Hinanya hidup..tak berpijak dibumi nyata ... What a waste untuk yang sponsor tu, both of them kalau bersanding atas kayangan pun nampak macam studio kodak tahun 90an je sebab dua2 tak helok.....Good luck je lah ...
Quote CoffeeOverdose 23-6-2023 09:04 AM
Cat farish ni ada kencing manis ke? Sblm2 ni bkn ke badan dia berisi dan besar? Terkejut tgk kemain dia kurus skrg. Red flag shikinn.. pegi cari anak orka br puas hati.
Quote moonela 23-6-2023 09:08 AM
cattiecute replied at 23-6-2023 08:53 AM
aku baca tajuk pun memang rasa meminta maki
dah baca isi lagi la rasa nak maki hamun
ko setakat kaka ...

aHahahaha
iols baca makian uols dalam 1 nafasss

fuhhh koh koh koh
hahahahaha

salam Jumaat
Quote rukia2 23-6-2023 09:10 AM
Ada gak yg sudi sponsor eh..dewan&baju lak tu..
Hmmm .. berbaloi ke
Quote myakayina 23-6-2023 09:12 AM
hmmm..ukur baju di badan sendiri lah..dah umur2 senja ni buat yg wajib jelah..masing2 dah pernah cerai 2 kali..ni nak harap org sponser..ko setakat kakak retis dgn retis hiphop sendu jah.. apa2 pun semoga dipermudah semuanya lah..nak mendirikan masjid..
Quote cattiecute 23-6-2023 09:13 AM
moonela replied at 23-6-2023 09:08 AM
aHahahaha
iols baca makian uols dalam 1 nafasss

salam jumaat chuols
tengok tajuk pepagi dah tambah dosa kering iols
nak melaram tapi papa kedana
dah tu mengada pulak nak harap sponsor
sapa la yang sponsor deols mesti ala2 sponsor kelidan lori dan isterinya tom tom bak tu.
sendu je silap2 keluar duit sponsor tapi hujung2 takda sales yang masuk
Quote moonela 23-6-2023 09:19 AM
cattiecute replied at 23-6-2023 09:13 AM
salam jumaat chuols
tengok tajuk pepagi dah tambah dosa kering iols
nak melaram tapi papa kedana

betul lah apa yang uols komen
kita hidup kena sedo diri
berpijak dibumi yang nyata
ikut kemampuan sendiri

lagipun dah kawin untuk kali ke berapa
buat yang wajib sudah
kalo dah menghadap sponsor sana sini
hakikatnya memang tak mampuu pun

tapi ye lah kan
nanti ada yang cakap
dah majlis dia
dia pun berhak untuk merasa bahagia

apoi la eayy
Quote acikbrown 23-6-2023 09:21 AM
Buat yg wajib sudahlah... Mana tau lagi diberkati.

Buat majlis 4 hari 4 Malam, alih alih setahun dua menjada/menduda balik.
Quote cattiecute 23-6-2023 09:22 AM
moonela replied at 23-6-2023 09:19 AM
betul lah apa yang uols komen
kita hidup kena sedo diri
berpijak dibumi yang nyata

kesian sapa yang sponsor tu
tah2 jenis demand nak gitu gini
hujung2 harapkan sponsor
nanti tengok2 tak tag pun kat ig
yang si sponsor meroyan cakap janji nak tag tapi tak tag

Quote afie_m 23-6-2023 09:28 AM
buat yg wajib dah lah...kalau ada duit nak besar besaran tak kisah ..ni nak tajaan pulak

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top