Seram melihat seorang kanak-kanak lelaki di China yang sedang tidur, menangis sambil bermain telefon pintar, baru-baru ini. Kanak-kanak yang didakwa terlampau ketagih dengan penggunaan gajet itu dilihat menangis dan meronta-ronta untuk mendapatkan gajet pintar tersebut.
Mengundang ketakutan dalam kalangan warganet, rata-ratanya menganggap ia sebagai salah satu kesan buruk sekiranya penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak tidak terkawal. Ada berpendapat bahawa ia merupakan salah satu simptom ketagihan dan penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak di usia tersebut.
Twitter Namun, punca kejadian itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT