Pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang mengundang kecaman dan menerima ugutan bunuh selepas membuat jenaka dengan menyentuh tragedi MH370 sekali lagi dihujani kritikan apabila memaklumkan bakal melakukan ‘apology tour’ di Kuala Lumpur.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Instagram pelawak dari Amerika Syarikat, Chrissie Mayr yang menyokong Jocelyn. Difahamkan, tour itu bakal diadakan di Electric Boulevard, TREC, Kuala Lumpur pada Ogos ini. Warga Malaysia yang naik angin berkeras tidak bersetuju dengan kehadiran kedua-dua 'badut' itu di sini dan menggesa pihak berwajib tidak membenarkan kemasukan mereka ke negara ini. Malah, Jocelyn dan Chrissie dikecam sengaja mengambil kesempatan atas kontroversi dicipta mereka sendiri untuk mengaut keuntungan. Pun begitu, ada netizen mendakwa pelawan terbabit hanya memerli warga Malaysia dan mengatakan tempat yang disebut-sebut itu sebenarnya sudah ditutup. - CARI
|
ADVERTISEMENT