Dua lelaki disyaki terbabit dalam kejadian curi di surau Kampung Indah di Jempol, ditahan pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dua suspek ditangkap pada jam 8.45 malam hari yang sama di Bahau.
Katanya, polis turut merampas sehelai kain selimut dipercayai digunakan ketika mencuri. "Kedua-dua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad. "Hasil siasatan awal, suspek memaklumkan masih terdapat seorang lagi rakan mereka yang masih bebas iaitu suspek utama kejadian," katanya dalam kenyataan. Hoo berkata, suspek yang masih bebas masuk ke dalam surau dengan menggunakan kain selimut yang diambil dari rumah suspek lain.
"Justeru polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT