Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon hebat iaitu Salina Salbi. Salina juga merupakan seorang model dan seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2001.
Salina Saibi yang terkenal dengan peranannya dalam drama kepolisan seperti CID 3278 dan Gerak Khas sebelum ini pernah berkongsi rahsia ramping serta kekal awet muda. Katanya, selain mengamalkan pemakaian bengkung, dia juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti pergi bersenam serta menjaga pemakanan. Baru-baru ini, tular satu video di TikTok @_ainasyhda yang memuat naik video mengenai Salina melakonkan semula watak popularnya itu.
Rata-rata teruja melihat Salina masih kekal awet muda persis anak dara. Selain memujinya cantik, dia juga dipuji seorang yang ramah serta tidak sombong. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT