CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Takluk' Bisnes Di Pekan Meru Klang, Orang Aceh Dan Bangladesh Jadi Bos

22-6-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 139| Komen: 3

Lambakan warga asing di daerah Klang, Selangor, kian meruncing, pendatang dari Bangladesh dan Aceh dilihat mendominasi pekerjaan dan perniagaan penduduk.

Antara kawasan yang terkesan dengan situasi itu adalah di pekan Meru, Klang yang semakin dipenuhi golongan terbabit.


Merupakan antara destinasi tumpuan pekerjaan, beberapa kawasan perindustrian kilang sememangnya menjadi pilihan pendatang asing yang menjadikan sektor itu sebagai pekerjaan utama di negara ini.

Foto: Awani

Dalam pada itu, segelintir masyarakat khususnya peniaga tempatan mula berasa terancam dengan kelibat pendatang yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Turut mendapat saingan dalam aktiviti perniagaan di premis niaga dan pasar malam yang dikatakan mula dikuasai golongan terbabit, salah seorang peniaga gedung pakaian di Meru, meluahkan kekecewaannya berhubung isu tersebut.

Alice Yong, 32, yang merupakan pemilik premis perniagaan di kawasan berkenaan, berkongsi detik getirnya yang sebelum ini pernah hampir muflis akibat wabak Covid-19.

Berjaya bertahan sehingga ke hari ini, isu pendatang warga Aceh dan Bangladesh pula dilihat sebagai ancaman terbesar dalam perniagaannya dengan golongan itu sudah mula menceburi bidang tersebut.

"Ramai warga Aceh dan Bangladesh sudah mula berniaga di Meru, mereka buka gerai secara kecil-kecilan dan rata-rata pelanggan mereka terdiri daripada rakan mereka sendiri.

"Siapa sangka, mereka boleh buka gerai di pasar malam dan ada premis niaga yang saya rasa dijalankan secara haram, tetapi boleh bertahan dan hidup di Malaysia.

"Sedangkan saya juga terpaksa lepaskan gerai di pasar malam kerana tak mampu menanggung kos kerugian, inikan pula mereka yang datang dari negara luar boleh ada gerai sendiri, siapa yang luluskan?," soalnya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Alice turut berkongsi pengalamannya apabila pekerja di premisnya pernah diganggu secara seksual oleh golongan berkenaan.

Jelasnya, kelibat individu warga asing tersebut yang sering berkeliaran di kawasan kedainya mengundang rasa tidak selesa bagi pekerja mahupun pengunjung.

"Mereka gemar berjalan beramai-ramai dan akan menjeling kami dengan pandangan yang menakutkan.

"Pekerja saya ramai perempuan dan lelaki Bangladesh ada yang gatal suka melihat ke bahagian yang tidak sepatutnya, mereka pada mulanya takut kepada kami namun selepas beberapakali terserempak, mula tunjuk perangai yang bukan-bukan.

"Dua pekerja saya sebelum ini pernah berhenti kerana tidak tahan diganggu setiap hari, ada yang cuba menyentuh tangan dan saya terpaksa melepaskan kedua-duanya demi keselamatan mereka," tambahnya.

Gusar dengan ciri keselamatan diri dan kerugian perniagaan yang semakin meruncing kebelakangan ini, pemilik kedai itu juga turut berharap agar pihak berkuasa segera menjalankan tinjauan dan siasatan terhadap perkara tersebut.

Menurutnya, sebelum ini pernah ada beberapa kali pihak polis membuat tangkapan namun tidak lama kemudian, keadaan kembali seperti sediakala dengan warga asing semakin membanjiri kawasan sekitar Meru. — CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sameer08 31-10-2024 12:00 PM
love problem solution specialist baba ji +91-9988587883 inDelhi Noida Mumbai Pune Nashik Nagpur Kolhapur Solapur Thane Bhiwandi ChennaiKochi Hyderabad
Vashikaran By Photo Mantra Vashikaran Specialist Aghori Babaji Tantrik Baba Baba Contact Number: +91-9988587883
My boyfriend has broken up with me. How can Kala jaduspecialist molvi help me to bring him back +91-9988587883 Also, each Kala Jadumantra in Hindi involved in the procedure cannot be stopped once spelled. So,make sure that you are under  ...
Quote nakkomenjugak 23-6-2023 03:20 PM
Ehhhhh nyanyi laaaa lagu selamat berbisnes kat deme
Quote Zazama 22-6-2023 11:04 PM
Tak pe. Ini baru je jadi sebulan ni. Kes baru kan? Jadi tak ramai yg perasan. Kaka nk jd versi pukul anak, sindir menantu gituew!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.025514 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top