Seperti kebanyakan lelaki yang memasang impian untuk memiliki kenderaan idaman, pelakon Adam Shahz mengakui lebih berminat memiliki motosikal berkuasa tinggi berbanding kereta. Jika memilih kereta, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, dia meminati kereta kecil.
“Kereta idaman saya yang comel-comel dan kecil sahaja macam Mini Cooper sebab mudah nak bawa di bandar. “Bagi saya kereta itu cukup sekadar tak kena hujan, janji ada kereta dan senang nak kemana-mana,” kata Adam kepada mStar. Kata Adam lagi, pengalaman terlibat kemalangan sewaktu usia belasan tahun menyebabkan dia kurang berminat dengan kereta. “Saya sebenarnya tak berapa minat dengan kereta sebab pernah mengalami kemalangan waktu usia 19 tahun dulu, waktu itu pandu kereta arwah ayah sampai terbalik jadi sekarang ni lebih minat kepada motorsikal saja,” ujarnya.
Sumber: mStar
|
fry replied at 22-6-2023 07:07 PM
Kereta kecik tu axia manual 30k bangg...yg mini kooper tu kecik t40...
ADVERTISEMENT