CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berkat Jaga Ridzuan Hashim, Anak Lelaki Didie Alias Dapat Tajaan Kenduri Kahwin Bernilai Setengah Juta Ringgit

22-6-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1766| Komen: 16

Anak lelaki Didie Alias bakal menyarungkan sut milik Allahyarham Ridzuan Hashim pada majlis resepsi perkahwinannya yang bakal diadakan September depan.

Keputusan itu dibuat selepas dia dan Muhammad Dhanial berkunjung ke kediaman sewa Ridzuan untuk mengemas barangan peribadi milik arwah baru-baru ini.


Foto: IG

"Selepas Ridzuan meninggal dunia, kami ke rumah arwah untuk kemaskan pakaiannya miliknya dan tak susah mengemas barang-barang kerana arwah memang seorang yang rapi dan pembersih.

"Semua pakaian miliknya tersusun rapi di dalam almari malah baju kemaja T pun dia gosok.

"Ada satu sut Dhanial cuba pakai dan kebetulan memang muat untuk dia. Jadi, dia ambil keputusan untuk menggayakan sut berkenaan ketika majlis kenduri di Kuala Lumpur nanti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Didie berkata, majlis resepsi anak lelakinya itu bakal ditaja oleh Temu Jelatek The Event Space yang bernilai RM500,000.


Kata Didie, Dhanial terkejut dengan tawaran tersebut namun menyifatkan ia sebagai rezeki kerana telah menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat.

"Dia orang terakhir dengan arwah. Dia pun terkejut apabila ada pihak mahu menaja perkahwinannya sebab katanya dia bukan siapa-siapa.

"Saya beritahu ini adalah rezeki kerana dia berbakti menjaga bapanya. Ini mungkin balasan Allah untuk kebaikan yang pernah dilakukan," ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai majlis itu nanti, Didie memberitahu dia ingin membuat kelainan untuk pasangan mempelai dengan berarak menaiki LRT dari stesen Setiawangsa ke stesen Jelatek sebelum terus ke dewan utama.

"Oleh sebab lokasi majlis nanti berdekatan stesen LRT Jelatek, jadi saya mahu anak saya berarak dari Setiawangsa terus ke Jelatek.

"Secara tidak langsung saya mahu orang ramai tahu lokasi tempat perkahwinan ini strategik dan boleh diakses menerusi pengangkutan awam," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Dhanial selamat bergelar suami kepada Nurkhairunisa Zulkifli di Tawau, Sabah.

Ridzuan, 62, pula meninggal dunia pada 4 Mei di kediamannya ketika sedang bersarapan akibat serangan jantung.

Untuk rekod, Didie dan Allahyarham Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002.

Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-6-2023 06:28 PM
wahhh tahniah lah dapat tajaan... rezeki dan ganjaran atas kebaikan berbakti pada ibu bapa...
Quote Carcosa 22-6-2023 10:35 PM
Mesti sedih sambil nangis2 bila ngemas brg2 arwah kan... Benda berat, tapi Still kena buat.
Alhamdulillah, rezeki ko dik. Slmt pengantin baru.
Quote oggy 22-6-2023 11:30 PM
Carcosa replied at 22-6-2023 10:35 PM
Mesti sedih sambil nangis2 bila ngemas brg2 arwah kan... Benda berat, tapi Still kena buat.
Alhamdul ...

Mak aku meninggal last year tapi sampai sekarang kami tak sanggup lagi nak kemas barang2 dia.

Rezeki dia lah.. event space kalau nak sewa now dalam range berapa? Adakah teemasuk sekali dgn deko pelamin semua?
Quote Carcosa 22-6-2023 11:32 PM
oggy replied at 22-6-2023 11:30 PM
Mak aku meninggal last year tapi sampai sekarang kami tak sanggup lagi nak kemas barang2 dia.

Rez ...

Takpe chuols... Take yr time. But let me warn you, not easy yach. Nak2 baju kurung semua. Haihhhhh....

Takpelah, semoga dik Daniel tabah
Quote sleepandream 22-6-2023 11:52 PM
wahhh berarak naik LRT....
jgnla pakai baju sut acah mat salleh tapi cuaca panas bekicap mat.....
Quote ina_na 23-6-2023 12:24 AM
sleepandream replied at 22-6-2023 11:52 PM
wahhh berarak naik LRT....
jgnla pakai baju sut acah mat salleh tapi cuaca panas bekicap mat.....

Dia org kulit putih..panas lit2 pun x pe...cuma cair ke x je make up mumy die..hehehe..kene time waktu puncak jenuh berimpit dlm lrt..hehehe
Quote Shahman86 23-6-2023 09:13 AM
sleepandream replied at 22-6-2023 11:52 PM
wahhh berarak naik LRT....
jgnla pakai baju sut acah mat salleh tapi cuaca panas bekicap mat.....

Apa pula nak berkicap..dari rumah dia ke stesen lrt naik kereta.bukan jalan kaki
Quote dekmieDandy 23-6-2023 10:11 AM
cantik anak didi

tahniah semuanya
Quote talapia 23-6-2023 10:43 AM
oggy replied at 22-6-2023 11:30 PM
Mak aku meninggal last year tapi sampai sekarang kami tak sanggup lagi nak kemas barang2 dia.

Rez ...

yupp.. satu benda yg sangat berat. Mak aku meninggal masa PKP..
adik2 aku memang tak sanggup nak kemas barang2 arwah..
Dah setahun lebih... baru ada kekuatan.. baju2 kurung elok2.. sedekah kat anak2 buah arwah.. sebab anak2 dia semua tak muat.. arwah kurus tinggi. Aku cuma ambil sehelai baju kelawar kegemaran arwah. Tu je buat kenangan. Tu pon aku tak pakai.. simpan je.. takut nanti aku pakai.. anak2 tegur.. sedih pulak.

Barang2 lain.. kemas sikit2.. ni masih dalam proses nak uruskan pusaka.. banyak benda kena buat.. jadi tanggungjawab kita yg hidup nak uruskan semua tu.. buat pelan2.. sedih.. nak nangis ke.. lepaskan aje.. aku kadang dalam kereta nangis sorang2 teringat. Depan family.. aku tunjuk kuat.
Quote Burong_Hantuk 23-6-2023 10:44 AM
Ermmmm....next
Quote cap_ayam 23-6-2023 11:30 AM
Baguslah ada give and take.. event space sponsor pastu mummy promo kaw kaw..
Quote takayama 23-6-2023 11:47 AM
oggy replied at 22-6-2023 11:30 PM
Mak aku meninggal last year tapi sampai sekarang kami tak sanggup lagi nak kemas barang2 dia.

Rez ...

ayah kaka pun meninggal tahun lps plus minus 2 minggu seblm puasa sbb covid. adik yg jaga ayah kaka tu siap2 amik dulu nk panggil apa ek cam selendang tu bg dekat kami adik beradik utk kenang2an tp akak punya anak2 plk berebut nk simpan so akak buat rules memsg leh pegang bila rs rindu otherwise mummy simpan sbb ia suatu harta yg sgt mahal
dan dah setahun lbh brg ayah kaka yg lain msh x terusik lg, memsg xde kekuatan nk k mas sbb bila kita pegang contoh kain pelikat sure akan keluar ayat "ni kain yg ayah selalu pki klu gie mengajar".
hrp chuols kuat yea
Quote takayama 23-6-2023 11:48 AM
tahniah buat Didi dan Dhanial moga dipermudahkan majlis nnt
Quote mama_cat 23-6-2023 12:49 PM
Carcosa replied at 22-6-2023 11:32 PM
Takpe chuols... Take yr time. But let me warn you, not easy yach. Nak2 baju kurung semua. Haihhhhh ...

my mom baju dia bukan satu almari, satu bilik dedicated.. dia still sihat alhamdulillah and now dia dok kata kalau dia meninggal, nnti bagi2 la baju dia kat orang.. i dunno what to say sbb kalau boleh takmau that moment to come... pejam celik pejam celik, dia dah masuk 60's dah... kejap ja, aku rasa mcm fresh lagi dia dok bawa kami pi balik pi balik hantaq sekolah, hantaq pengasuh...
Quote ibu_haritz 23-6-2023 12:53 PM
Baju arwah ayah yg meninggal 2thn lps pun kami xde kekuatan nak kemas lagi..byk kenangan..
Ni lagi lah nk kemas baju2 arwah mak pulak, mmg lemah tgn lutut smua...
Quote marchikobonzo 23-6-2023 01:28 PM
Alhamdulillah, rezeki anak yang soleh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047456 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top