PETALING JAYA – Orang ramai terkejut melihat harga cempedak goreng tidak masuk akal yang dijual seorang peniaga. Menerusi perkongsian di Facebook Negeri Sembilan Kini, memaparkan gambar sebuah gerai yang menjual cempedak goreng dengan harga RM2 sebiji dan RM10 bagi lima biji.
Berdasarkan gambar itu, saiz cempedak goreng tersebut turut dipersoalkan kerana dilihat agak kecil dan tidak berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut selain tidak kurang juga yang turut berseloroh mengenai perkara berkenaan. “Nasib baik lah dekat kebun memang ada tanam pokok cempedak dan menjadi. Tak perlu beli cempedak mahal ni,” komen Sarip dol. “Eh, kenapa murah sangat ni. Lambat lah peniaga dan pergi haji, kalau jual murah macam tu,” seloroh Shamsudin Azmi. “Harga kayangan, ‘tauke’ mesti pakai Vellfire, sebab tu harga sampai macam ni,” komen Hisham. -CARI
Sumber: Kosmo
|
_blackbird replied at 22-6-2023 04:59 PM
lah.. tempat aku ni dari tahun 2018 mmg dah jual cempedak goreng sebiji RM2
nazzse replied at 22-6-2023 05:16 PM
SEULAS cempedak!
Wartawan sekolah ke tak?
krustykrab replied at 22-6-2023 09:27 AM
Murah sgt tu sebijik rm2...blh la jual seulas rm0.10...
zjen replied at 22-6-2023 05:40 PM
mmg harga standarad cempedak goreng kang ... lenkali naik sampai sebiji 10 ringgit ntah dunia nak ...
_blackbird replied at 22-6-2023 05:46 PM
ha ah ehk.. salah, seulas RM2. hihihi aku pon dah mcm reputz cari salah bodoh bm wakakakaka. tempat ...
nazzse: Edited by nazzse at 22-6-2023 ...
ADVERTISEMENT