Akim Ahmad berpendapat kehadiran ramai bakat baharu yang muncul menerusi platform media sosiaL sebagai satu perkara yang positif. Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 32, bagaimanapun berpendapat meskipun mudah untuk bergelar artis menggunakan kuasa viral, namun mereka juga harus menitikberatkan mengenai penampilan dan personaliti.
“Bagus sebenarnya perkara itu sebab bila ada bakat baharu yang berani di media sosial untuk tunjukkan bakat, dalam masa sama dapat berikan peluang buat syarikat rakaman untuk mengesan mereka. “Dengan zaman media sosial ini sebenarnya lagi mudah untuk mencungkil bakat-bakat baharu, kalau dulu susah kena masuk ujibakat macam saya dulu sertai Akademi Fantasia.
|
ADVERTISEMENT