Tiga kanak-kanak antara tujuh yang maut akibat dipanah petir dalam dua kejadian di Benggala Barat di timur India pada Rabu, kata seorang pegawai kerajaan negeri. Sembilan ekor lembu turut mati dalam kejadian yang berlaku di daerah Malda itu, lapor Xinhua.
Hujan lebat dan ribut petir menjejaskan beberapa kawasan di Benggala Barat sejak beberapa hari lalu, menurut pihak berkuasa daerah. Selain itu, negeri seperti Assam, Rajasthan, Gujarat dan Tamil Nadu turut dilanda hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu yang mencetuskan banjir. Pada Rabu, New Delhi dan kawasan sekitarnya turut dilanda hujan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya yang menghubungkan bandar raya itu dengan Jaipur, ibu negeri Rajasthan. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT