CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Saman Awesome Tv Terhadap Pencil Pictures, Ayu Puteh Fail Batal Tuntutan Rm142 Juta

22-6-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1395| Komen: 7

Kes saman di antara syarikat produksi Pencil Pictures Sdn Bhd dan Awesome TV bakal diteruskan.

Difahamkan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicararkan.

Foto: IG


Datuk Rozana Ali Yusoff selaku hakim mahkamah berkenaan membenarkan kes itu dipindahkan pada Khamis susulan jumlah saman sebanyak RM142 juta yang difailkan stesen TV berkenaan di Mahkamah Sesyen sebelum ini melebihi bidang kuasa mahkamah tersebut.

Peguam Zahrin Ishak yang mewakili pemilik Pencil Pictures Sdn Bhd iaitu Datuk Ayu Puteh selaku plaintif kes berkenaan memberitahu pihaknya juga sudah membuat permohonan untuk membatalkan tuntutan dibuat Awesome TV.

Kata Zahrin, permohonan bagi menolak kes berkenaan sudah dibuat pada 24 Mei lalu kerana tuntutan dibuat stesen TV berkenaan adalah tidak munasabah.

"Selain jumlah tidak munasabah, tuntutan itu mempunyai elemen mala fide (niat buruk) terhadap tuntutan Datuk Ayu melalui syarikatnya," katanya kepada mStar.


Sementara itu Ayu atau Normashayu Puteh, 47, turut menganggap tuntutan saman terhadap syarikat miliknya adalah keterlaluan sedangkan pihak stesen berkenaan masih belum menjelaskan bayaran penuh tayangan drama 26 episod berjudul Di Sebalik Dia.

Pada Mac lalu, Awesome TV dalam kenyataannya menjelaskan saman itu dibuat ekoran kegagalan pihak Pencil Pictures memenuhi syarat kontrak penerbitan drama tersebut.

Stesen TV itu mendakwa syarikat produksi itu hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub dalam kontrak. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 22-6-2023 05:06 PM
Tiap2 bulan ada he berita x shedap berkaitan dengan ohsemtibi ni kan. Kalau 99 orang ada issue dengan ko, YOU are the issue bak kata omputeh la
Quote MissVixen 22-6-2023 05:45 PM
Dia bersalah tapi dia yang saman? Drama ni kata dalam artikel tak habis bayar. Sama la macam pelawak haritu. Stesen ni yang dah guna khidmat, lepas tu agak biadap cara suruh ambil bayaran. Memang mamak dan paki macam lopak perangai macam ni?
Quote dudaberhias 22-6-2023 05:51 PM
semoga stesyen tv yang pengarahnya rhoper jabba the hut tu kalah...

kemain ko gigih nak saman orang beratus juta demi nak mengelak bayaran...
alih2 duit orang pun tak bayar2... tapi gigih duk tunjuk keta mewah kulu kilir...

patut la muka hodoh kepam jah serupa balung ayam... nur pun takde... malah kalau suluh lampu pun lampu jadi malap... yihhh...

Quote sleepandream 22-6-2023 11:45 PM
kekadang heran mana lah stesen tv zaman la ni dpt duit utk program2 drama bagai...
sedangkan astro yg berbayar dan iklan sana sini pun bergelut nak dpt untung
Quote KelisaSilver 23-6-2023 09:22 AM
RM142 Juta? byk gila....... tak hagak2 nak saman org byk gitu. Ko yg bermslh. nak cari untung ngan saman org.
Quote miamiot 23-6-2023 09:47 AM
Edited by miamiot at 23-6-2023 09:48 AM

Osemtibi ni bkn Acik AC punya ke ? Or ada share ? Iols rasa ramai je pelakon , penerbit yg tak dibayar tp malas nk bising2 sbb takut kena saman . Acik Ayu ni je yg berani
Quote hayrin86 23-6-2023 09:47 AM
sleepandream replied at 22-6-2023 11:45 PM
kekadang heran mana lah stesen tv zaman la ni dpt duit utk program2 drama bagai...
sedangkan astro y ...

Skrg baru nak tukar dengan Njoi sebab Piala Dunia tempoh hari ada saluran Piala Dunia dalam HD melalui Njoi..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.179206 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top