CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Seronok Bangun Pagi Ada Orang Kemaskan Katil, Dini Pula Dapat Merasa Mee Sanggul - 'Sangat Sedap'

22-6-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4549| Komen: 40

Selepas beberapa hari melayari bahtera hidup berumah tangga, Janna Nick akui bahagia dengan jejaka pilihannya, Dini Schatzman, 29.

Kata pelakon dengan nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 28, kepada Gempak, kehidupannya sedikit berubah selepas bersama dengan Dini seorang suami yang sangat pembersih dan rajin melakukan kerja rumah.



IG

“Alhamdulilah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan ‘stres’ tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.

“Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil… tu paling seronok bagi saya.

“Sebelum berkahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tetapi bila tinggal sekali ya memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu.

“Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dahulu,” kongsinya.


Janna ditemui bersama Dini selepas siaran langsung program MeleTop di studio 1 Astro Buktik Jalil, semalam.

Sementara itu, Dini juga sempat berkongsi kehidupannya bersama wanita yang disayangi sejak empat tahun lalu.

“Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah.

“Saya juga dapat merasa masakan pertama Janna selepas berkahwin ini iaitu mee sanggul. Sangat sedap.

“Selepas berkahwin ini tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” ujarnya.


IG

Pada 10 Jun lalu, Janna dan suami iaitu Dini atau Dini Azan Schatzmann disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A'isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 22-6-2023 04:37 PM
Rolling eyes...
Quote jlo 22-6-2023 04:39 PM
ok next..
tapi ok la couple ni takde cringe sangat pada i
Quote Rogue98 22-6-2023 04:40 PM
So cerita yang diaorang dulu dah bernikah tu tak betul lah kan...
Quote jihyomelly 22-6-2023 05:56 PM
ok la x kisah sgt maklum baru kawin..muda lak tu.,tak macam duda sorang tu..nak kawin berkompang memacam slagi x nikah…masa bini ninggal bukan main terpaling sedih
Quote QueenIsolde 22-6-2023 06:02 PM


Couple ni agak wangi utk dikecam..lain la mcm sahmira ng watie jawa, tgok muka je tanpa perlu buat isu besar mmg netizen siap sedia nak kecam.
Quote imanjannah 22-6-2023 06:04 PM
cantiknya jenna pakai jubah warna tu..
Quote awenda507 22-6-2023 06:09 PM
Moga berkekalan smpai ke jannah
Quote dudaberhias 22-6-2023 06:16 PM
Bukan kemas katil je kan ye dok yenna... Kalau takat kemas katil tu sendiri pun boleh....
Harus lah sebab main pun sedap sebab budak remaja lagi gittuhhh...

Takde la serhoper retis2 lain sebaya yang batak nak kaya sampai terpaksa rembat dan sondol botoi kicap tua... Sanggup raba2 tangan laki yang dah kedut bersisik macam raba ikan siakap... Lepastu ciknek pun dah kecut macam sotong kering... Kena rendam tiga hari tiga malam dalam besin untuk bagi kembang...

Quote hanihan16 22-6-2023 06:16 PM
jannah ni mmg pandai masak kan
Quote wirazam 22-6-2023 07:34 PM
jlo replied at 22-6-2023 04:39 PM
ok next..
tapi ok la couple ni takde cringe sangat pada i


Sama cantik Sama padan...
Jgn kuar artikel " terkejut bila bgn tido Ada jantan disebelah ...." Sudahlah
Quote dua_chzy 22-6-2023 08:00 PM
Boleh tahan berlengas ko Janna, balik kerja terus baring atas katil. Busuk wei...
Quote fair_iza 22-6-2023 08:17 PM
wirazam replied at 22-6-2023 07:34 PM
Sama cantik Sama padan...
Jgn kuar artikel " terkejut bila bgn tido Ada jantan disebelah ...." Sud ...

Itulh. Boleh simpn dlm poket kecaman utk jn-dini buat ms skrg.
Quote LemakPetai 22-6-2023 09:06 PM
Tak ada apa nak dikecam couple ni. Buat masa skrg.  Bkn penyondol, just couple muda yg saling mencintai. Semoga cinta tetap mekar sampai habis usia.
Quote intan244 22-6-2023 09:18 PM
wah mi sanggul mmg feveret meols jugak tp xde org jual.
Quote Carcosa 22-6-2023 11:20 PM
Boleh tak meols nak jadi makcik2 bawang yg annoying?
Cepatlaaaaa ada anak, Janna dan Dini oiiiiuuuuuu
Mesti comel laaaa. Tgklah apak dgn maknya haaaa
Lainla si jantan katek dgn si betina tetek tu. Keluar anak 10 org pun meols tak excited. Bottom of the barrel, kedua2 nya
Quote SpyLeman 22-6-2023 11:26 PM
dudaberhias replied at 22-6-2023 06:16 PM
Bukan kemas katil je kan ye dok yenna... Kalau takat kemas katil tu sendiri pun boleh....
Harus lah  ...

Otomatik terbayang Acik lebanon tek besar kt Serawak dan zizik isteri Cikebung
Quote airmineral 23-6-2023 03:47 AM
no komen
i cuma nk ckp org ckp mi sanggul ni sedap
tp xpenah kena yg sedap
walaupun staff i kata mak dia buat tu palingggh sedap
sampai tekak aku rasa mehhhhhh je

mi sanggul ni cara masak dia mcm mi goreng je kan?
atau ada cara masakan lain?
Quote Cekgushilla 23-6-2023 06:07 AM
airmineral replied at 23-6-2023 03:47 AM
no komen
i cuma nk ckp org ckp mi sanggul ni sedap
tp xpenah kena yg sedap

Org utara dan mee sanggul berpisah tiada
Aku kalau balik sana mmg yg tu je aku bli bwk balik sini
Sebulan sekali msti buat
Quote pearl.silver 23-6-2023 07:03 AM
Cekgushilla replied at 23-6-2023 06:07 AM
Org utara dan mee sanggul berpisah tiada
Aku kalau balik sana mmg yg tu je aku bli bwk balik sini  ...

Masa i duk kedah xpernah mkn mi sanggul..sedihnya..

Klu org kedah dgn mi sanggul
Org kuantan/pekan dgn mi lidi

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.386987 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top