Selepas dikritik mempromosikan produk kurus, pelakon remaja, Qistina Raisah sekali lagi menjadi tumpuan apabila didakwa penampilannya kelihatan jauh lebih matang daripada usia. Dalam satu video di TikTok, Qistina dilihat memakai baju merah jambu berserta kasut tumit tinggi itu dirakam bersiar-siar bersama ibu tersayang, sempat mempromosikan sebuah produk.
Walaupun dirinya dipuji kerana cantik sejak kecil, ramai juga menegur pemakaian Qistina yang tidak sesuai dengan usianya apatah lagi masih di bangku sekolah. "Dah macam umur 25 tahun, cepatnya matang. "Kenapa anak aku masih lagi main-main dengan adik-adik dia ya...siap main sembunyi-sembunyi lagi dengan budak-budak...adui la. "Last-last, mak ikut cakap anak," antara komen netizen. Sumber: BeautifulNara
|
Binodino: Yelah dik. Jangan nanti bila umur kau 20an 30an orang panggil kau macik kau sentap pulak. Dah terpaling tak menyabo nak jadi dewasa kan
ADVERTISEMENT