Penampakan sebuah rumah mewah di tengah-tengah kubur menggemparkan warganet. Menerusi video yang tular, rumah mewah itu menarik perhatian netizen kerana lokasinya yang bukan biasa-biasa.
Umumnya, rumah mewah berada di kawasan kejiranan elit dengan pemandangan yang indah. Penampakan rumah mewah di tengah kubur itu berlaku di Darma, Kuningan di Jawa Barat, Indonesia. Pemiliknya mengakui menelan belanja yang cukup besar hingga Rp 5 bilion (RM1.6 juta) untuk membina istana mewah tersebut. Disiarkan daripada akaun YouTube Saluran Rizquna, sekali pandang rumah itu kelihatan seperti bangunan masjid.
Hanya ada kubur di sekeliling rumah, tiada bangunan lain kelihatan. Pemilik rumah bernama Agus berkata, rumah mewahnya yang dibina tiga tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan tujuh bilik mandi, serta terdapat kolam renang di tingkat tiga. Agus merupakan ahli perniagaan sunat laser yang terkenal di luar negara. Beliau mengeksport produknya ke 64 negara termasuk Asia, Timur Tengah dan Eropah. Sumber: mStar |
Samerosie replied at 22-6-2023 06:42 PM
Rm1.6 juta tapi pesen ntah apa2 ntah rumah ni. Style 90an yg buruk.
Belibis replied at 22-6-2023 04:31 PM
'sunat laser' yang diekskportnya??
ADVERTISEMENT