CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Teruja Berangkat Tunai Haji Dengan Isteri

22-6-2023 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2665| Komen: 26

Penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Alif Satar, 32, semalam berangkat ke Tanah Suci ditemani isteri, Sha Dila Halid untuk menunaikan Rukun Islam kelima, bersyukur diberi kesempatan menunaikan ibadah haji.


Terdahulu, Alif yang juga bapa tiga anak berkongsi berita gembira itu pada hantaran di Instagram. Dia turut memohon orang ramai mendoakannya dan isteri sepanjang beribadah di sana.




Alif dan Sha Dila berangkat ke Makkah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut disertai rombongan haji lain

Rentetan perkongsian dibuat itu, Alif dan isterinya menerima pelbagai ucapan dan doa ramai yang mengharapkan mereka akan memperoleh haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.


Pasangan Alif dan Sha Dila bernikah pada 2014. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6 dan Muhammad Ali, 4.




Tahun lalu, Alif bersyukur apabila dapat menghantar ibu bapanya mengerjakan haji dan mendedahkan juga bahawa dia pernah dua kali menerima jemputan mengerjakan ibadah haji.

Selain Alif dan isteri, selebriti tanah air yang berpeluang menunaikan haji tahun ini ialah pelakon Lisdawati yang berangkat ke Makkah pada 22 Mei lalu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-6-2023 03:53 PM
Semoga mendapat haji yang mabrur...

Quote laksmanabentan 22-6-2023 03:59 PM
Selain Alif dan isteri, selebriti tanah air yang berpeluang menunaikan haji tahun ini ialah pelakon Lisdawati yang berangkat ke Makkah pada 22 Mei lalu.


wowwww...... 22 Mei tu... awalnyaa berangkat....
Quote Goodluckdontcry 22-6-2023 04:32 PM
Untung jd retis..senang dpt panggilan haji jika nk banding dgn marhaen..umur 150thn br nk kene panggil dik.. kehkehkeh tp yela..rezeki pun ye jugak..

P/s awat gmbr bini ko dik...mcm ala2 bg middle finger secara berhemah.. kehkehkeh apapun...all the best la
Quote MistrezHermanaz 22-6-2023 04:36 PM
apo che ta komen, semoga mendpt umrah yg mabrur
Quote Rogue98 22-6-2023 04:43 PM
Alip shukri pun baru berlepas dgn Ammar utk menunaikan haji. Harap balik ni ubah lah betul2....tak payah lah buat suara kepit and joget2 dgn pondan...buat gimik2 yg menyakitkan hati orang.
Quote ceisero 22-6-2023 05:10 PM
Alif Satar is excited to embark on the Hajj pilgrimage with his wife. The couple is looking forward to this spiritual journey and fulfilling one of the fundamental pillars of Islam.
Quote nazzse 22-6-2023 05:20 PM
Untung artis banyak duit tiap tahun gi Mekah. Lepas umrah, haji pulak silih ganti.
Marhaen kena tunggu 100 tahun lepas daftar TH
Quote duradanis 22-6-2023 05:25 PM
yang dapat pegi awal tu sebab depa dapat pilihan sebagai rayuan , cuma kena bayar 30k lebih sorang, bukan dapat kuota haji yg 10k tu.. sebab ramai tahun ni ramai yg tolak tawaran disebabkan kesihatan. so TH open untuk rayuan.
Quote MatDeghem 22-6-2023 05:35 PM
Rogue98 replied at 22-6-2023 04:43 PM
Alip shukri pun baru berlepas dgn Ammar utk menunaikan haji. Harap balik ni ubah lah betul2....tak p ...

Dia tu ada penyakit keturunan...Tarak obat. Hanya obat penyenang untuk sementara.

Quote Lengkong 22-6-2023 05:50 PM
Semoga mendapat haji yang mabrur
Quote fair_iza 22-6-2023 08:33 PM
duradanis replied at 22-6-2023 05:25 PM
yang dapat pegi awal tu sebab depa dapat pilihan sebagai rayuan , cuma kena bayar 30k lebih sorang,  ...

Sepupu kerja kt th ckp benda yg sama. Tahun ni kalau ada 30k boleh buat rayuan utk haji walaupn belum sampai turn. Kalau ada duit simpanan, mmg nk pergi juga. Tua2 takut x larat.

Utk tak OT, moga alif dan suami mendapat haji mabrur.
Quote kakikuDibibirmu 22-6-2023 08:58 PM
Semoga mendapat haji marlboro
Quote LemakPetai 22-6-2023 09:03 PM
Sape ada rm30k boleh je pergi. Bukan dorang ni caras turn sape². Seronoknya masa muda, sihat dpt pi. Semoga dipermudahkan urusan dan dpt haji yg mabrur
Quote mawarika 22-6-2023 10:28 PM
32 umurnya???? Ya Awlohhh.. dah rupa dekat 40an..ingat tua dah.. muka pun tua..
Quote nini_azmi 22-6-2023 11:25 PM
LemakPetai replied at 22-6-2023 09:03 PM
Sape ada rm30k boleh je pergi. Bukan dorang ni caras turn sape². Seronoknya masa muda, sihat dpt pi ...

Mak iols ada 30k buat rayuan tp belum rezeki lg ????
Quote sweetpea911 22-6-2023 11:34 PM
LemakPetai replied at 22-6-2023 08:03 PM
Sape ada rm30k boleh je pergi. Bukan dorang ni caras turn sape². Seronoknya masa muda, sihat dpt pi ...

Isk x semudah tu ye.. priority still pada yang daftar 2010 ke bawah.. ramai yang mmg cukup duit dan merayu melalui swasta pun x dapat.. unless amik pakej vip 100k++ maybe senang dapat
Quote slyfynx 22-6-2023 11:40 PM
Rogue98 replied at 22-6-2023 04:43 PM
Alip shukri pun baru berlepas dgn Ammar utk menunaikan haji. Harap balik ni ubah lah betul2....tak p ...

Gmbr yang die up pun nk tunjuk tiket 1st class.
What do you expect
Quote Rogue98 22-6-2023 11:58 PM
slyfynx replied at 22-6-2023 11:40 PM
Gmbr yang die up pun nk tunjuk tiket 1st class.
What do you expect

Berubah lepas balik lah bodoh!!!
Quote slyfynx 23-6-2023 12:05 AM
Rogue98 replied at 22-6-2023 11:58 PM
Berubah lepas balik lah bodoh!!!

Relax mate.
Awat sentap tetibe?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.147047 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top