Seorang kanak-kanak meninggal dunia selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kereta di Slovenia. Agensi Berita STA pada Rabu melaporkan, mangsa meninggal dunia akibat cuaca panas terik pada petang Selasa di bandar Prebold yang terletak kira-kira 60 kilometer timur ibu negeri Ljubljana. Anggota pasukan kecemasan berusaha memberikan bantuan tetapi gagal menyelamatkan kanak-kanak itu. Menurut perkhidmatan cuaca, ketika kejadian suhu hampir mencecah 30 darjah Celsius. Polis menahan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu kerana disyaki melakukan pembunuhan tanpa sengaja, kata jurucakap polis. SUmber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT