CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makder Jawab Isu Shuib Dituduh Terlalu Cepat Jumpa Pengganti "Abah Siti Sarah Yang Ajar Kami Supaya Cepat Move On"

22-6-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2009| Komen: 13

Ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah atau Makder tampil menjawab isu yang diperkatakan netizen mengenai dakwaan Shuib yang dikatakan terlalu cepat ‘move on’.

Makder dan suaminya Raisuddin Hamzah juga dilihat hadir ke majlis malam berinai dan pertunangan Shuib dan Watie baru-baru ini.


Foto: IG

Katanya, bapa arwah Siti Sarah banyak memberi nasihat untuk terus melangkah ke hadapan.

"Semua ini daripada abah Siti Sarah juga. Semua orang tahu arwah daripada kecil memang rapat dengan abah dia. Orang yang paling terkesan mestilah abah dia. Yang banyak mengajar untuk kami semua untuk cepat move on ni ialah bapa Siti Sarah, Raisuddin. Abah dia pernah cakap juga dia (Sarah) sekarang ada di tempat paling tertinggi, susah nak dapat.



Menjelaskan kehadirannya dalam majlis pertunangan Shuib itu, Makder mendedahkan bahawa bapa Siti Sarah sendiri yang berjanji akan bantu masuk meminang sekiranya Shuib sendiri telah berjumpa pengganti anaknya.


Raisuddin sendiri yang dah janji. “Kalau ada bagi tahu abah, abah yang akan masuk minang’ katanya, dia (Raisuddin) tak terkilan, okay saja," katanya dalam satu vide yang dirakam pensohor media sosial, Andika Putera.


Sekadar info, pasangan Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini dan turut menerima tajaan perkahwinan lebih RM1 juta ringgit.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 22-6-2023 04:48 PM
Alhamdulilah.. perlu move on dan berlapang dada.. yang mati tetap mati .. yang hidup harus terus hidup
Quote suterabiru123 22-6-2023 04:52 PM
yelah org laki kan..mmg la cpt move on..mak der ponnnnn
Quote uori 22-6-2023 04:52 PM
banyak sungguh justify itu ini
Quote Suchi 22-6-2023 05:54 PM
Besok kan mejelisnya mesti soeb berdebor2
Quote PinkyPie 22-6-2023 06:32 PM
Abah dulu, wife belum meninggal pun dah sesiap kawen dgn Makder, awai tak kaluttt
Quote timah03 22-6-2023 06:37 PM
PinkyPie replied at 22-6-2023 06:32 PM
Abah dulu, wife belum meninggal pun dah sesiap kawen dgn Makder, awai tak kaluttt

Ya... Siap ada kes balai lagi... Ngam2 arwah meninggal... Kes tu pun ditiup angin...
Quote timah03 22-6-2023 06:39 PM
Orang tu nasihat je... Bukan paksa kahwin pun...
Tertiba nak ckp orang suruh pula...
Business tudung arwah tu mcm makin tenggelam dah...
Quote dudaberhias 22-6-2023 07:26 PM
lantak la dia nak move on ke tidak... yang tak boleh move on tu netizen2 muka kepam yang tak habis2 sibuk dan dambakan duda ni supaya jadi eunuch yang mati tak berbini sampai ke mati...

yihhh... kosser lah menyibuk pasal duda yang tak herlok rhoper macam lubang jamban...

kalau laki tu rupa ala2 edika yusof tu berbaloi la jugak korang nak sibuk samada orang tu move on ke atau bising2 bila dia cari pengganti... ni dah la rhoper tak ubah macam jamban macam yang sibuk berkuntum kat ig dia tu jugak... orang2 begini level pengikutnya pun mestilah sama sejamban je rupa... takkan lah yang herlok2 ni nak follow retis2 rhoper gini dan siap sendiri tak move on nak caturkan hidup orang tu....

Quote noor2 22-6-2023 07:30 PM
Nitizen yg mengata ni....entah2 bini atau laki depa mati atau cerai berai,  3 bulan dah start cari pengganti...

Sibuk betul hal shuib
Quote heythere123 22-6-2023 09:01 PM
iols team netizen sebab heols kemain menjual cerita sedih lepas arwah meninggal.

Pastu kan kantoi yg video dekat golf course tu, makin la netizen nyampah
Quote Aneem 22-6-2023 09:19 PM
Kena la faham ye tak.
Kalau tidak, kat mana nak bernaung.
Buatnya si soeb halau dr bisnes dari rumah, mana kau nak merempat dgn org tua gatal bibir hitam tu.
Quote Nham22 22-6-2023 11:02 PM
Lelaki biase die paham dah... Sbb depa sama2x lelaki... Kalau betol jumpe jodoh yg baik okla kan... Hak ib la nk tentukan sape bakal isteri die.... *xboleh la tgk gmbr watie dulu zaman freehair*
Quote Cekgushilla 22-6-2023 11:11 PM
PinkyPie replied at 22-6-2023 06:32 PM
Abah dulu, wife belum meninggal pun dah sesiap kawen dgn Makder, awai tak kaluttt

Sbb tu makder memahami sgt hahahah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050485 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top