Seorang wanita menyangka dia mampu membimbing teman lelakinya untuk menjadi insan yang lebih baik dengan membantunya mencari pekerjaan. Bagaimanaoun segalanya punah apabila teman lelakinya hanya mengambil sambil lewa segala yang diusahakan bersama.
"Aku pernah kawan dengan lelaki yang tak sekufu pendidikan dengan aku. Dia cuma ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), itupun dia hanya lulus sekadar dapat sijil. Sampai satu masa, dia ajak aku kahwin. "Aku tak bagi jawapan, aku cuma nasihatkan dia untuk cari kerja yang lebih stabil. Masa tu dia hanya kerja pemandu Grab. Aku minta dia improve sebab bagi aku dia muda lagi dan masih banyak benda boleh explore. "Aku nak bagi peluang dekat dia, aku tak nak jadi orang yang cuma pandang luaran,"luahnya melalui media sosial. Ternyata nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi, wanita itu remuk hatinya apabila teman lelaki tidak bersungguh untuk mengubah nasib diri.
"Aku bantu dia buat resume untuk cari kerja. Aku set temu duga untuk kerja sebagai ejen insurans sebab dia kata minat untuk cuba. Tapi interview pun tak pergi. "Aku tanya dia kenapa tak pergi, dia jawab kau nak kawan kau kena Covid-19 ke, kasar betul nada dia waktu tu. Aku reda, aku cadangkan dia cuba kerja operator kilang pula. Aku pujuk cakap banyak manfaat kerja situ. "Dia tolak cakap tak tahan nak berdiri lama. Kalau kerja operator pun tak nak, kerja retail lagi la tak boleh kan. Lepas tu aku cadangkan pula kerja pengawal keselamatan, dia tak nak juga sebab kena kerja 12 jam. "Dia cakap dia tak boleh berdiri lama sebab kaki dia ada masalah. Aku sebagai seorang therapist akui memang nampak dia macam lemah dekat bahagian anggota bawah badan," cerita wanita itu. Wanita itu meminta teman lelakinya untuk membuat konsultasi dengan ahli fisioterapi supaya ia dapat dirawat dan memudahkannya mencari kerja namun tidak diendahkan. "Memang setakat itu je la aku bagi peluang. Semua benda aku nasihat tak nak ikut, buat sakit hati je. Kalau dia sendiri tak nak ubah hidup dia, aku tak boleh buat apa-apa. "Resume yang aku buatkan untuk dia tu, dia tak save pun dan terbuang macam tu je. Beberapa bulan selepas tu, dia datang balik dekat aku ajak aku kahwin. Aku terus tolak mentah-mentah kali ni. "Aku tak nampak langsung usaha nak ubah diri dia, dia belum bersedia nak kahwin pun. Dengan keadaan dia waktu tu, dia tak akan boleh nak settle down," ujarnya. Tidak mampu menerima hakikat, wanita itu mengatakan teman lelakinya melenting dan menuduhnya cepat menghakimi. "Dia meroyan, dia cakap aku judgemental. Dia cakap tak ada pendidikan bukan maksudnya tak boleh berjaya. Dia siap suruh bawa degree aku masuk kubur. Marah betul dia. "Daripada situ aku mula nampak betapa pentingnya untuk ada pasangan sekufu pendidikan dan cara berfikir. Aku kenal dia waktu tahun 2013, benda ni jadi waktu tahun 2021. "Sampai sekarang dia belum kahwin dan masih cuba pikat hati aku," kata wanita itu menutup luahannya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju bahawa pendidikan harus dititikberatkan dalam mencari pasangan. "Jangan buang masa dengan lelaki macam ni, nanti kita sendiri yang penat. Apa yang kita buat tak akan boleh ubah dia kalau dia sendiri tak nak. "Pernah juga kenal dengan lelaki yang belajar sampai SPM, aku tanya dia kenapa tak belajar bawa kereta, dia cakap malas, ehh... kalau macam tu aku pun malas kenal kau. "Cari la lelaki yang ada matlamat hidup, bukan pasangan yang mudah selesa dengan apa yang dia dah ada sekarang," ujar sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
sufi^_^ replied at 22-6-2023 02:37 PM
Apa2pun, memang penting sekufu terutama dari aspek pendidikan.
Kalau ada degree, carilah yang ada de ...
elzy replied at 22-6-2023 06:45 AM
Ni kisah kawan saya dengan husband dia.. Kawan saya degree holder, husband dia setakat sijil SPM. ...
sufi^_^ replied at 22-6-2023 03:00 PM
That's my point.
Bukan nak kata orang takat spm sijil ni tak baik, cuma nanti bila dah kawen, ...
elzy replied at 22-6-2023 02:45 PM
Ni kisah kawan saya dengan husband dia.. Kawan saya degree holder, husband dia setakat sijil SPM. ...
sufi^_^ replied at 22-6-2023 02:33 PM
Tak ada pendidikan memang bukan bermakna tak boleh berjaya, dengan syarat rajin berusaha.
Kalau da ...
ADVERTISEMENT