Elly Mazlein tak ambil hati dengan segala kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan segelintir warganet di sosial media. Sebaliknya, dia gembira sekiranya kontroversi atau isu sensasi melibatkannya turut membuat segelintir warganet sakan bergembira juga.
“Meriah ya Kak Lina dengar di sosial media. Tak apa, Kak Lina tak ambil hati. Asal warga sosial media gembira, Kak Lina pun gembira juga,” ujarnya. Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu sebelum ini menerima kecaman lantaran bergolek sakan di pentas Big Stage baru-baru ini. Aksi tersebut dilakukan Kak Lina sebagai protes dia kononnya telah tersingkir daripada program realiti tersebut selepas mendapat dua markah daripada juri tetap, Ajai.
|
I.K.A888990 replied at 22-6-2023 02:52 PM
aku sorang je suka kak kepom ni rasanya haha
i like janji terhiburrrrrrrr
She-Ra replied at 22-6-2023 02:59 PM
jgn ghisau, iols pun suka je
dia menghidupkan suasana cuma mmg kadang2 tu ada hover sikit
ADVERTISEMENT