Seorang jurusolek lelaki berkongsi pengalamannya berdepan dengan pengantin yang mempunyai masalah badan yang terlampau berbau. "Okey aku nak tanya hangpa (anda) semua yang duduk mekap-mekap pengantin, hangpa pernah tak dapat pengantin busuk? Tapi busuk tu hangpa tak tahu bahu apa.
"Hanyir, kepam, bau macam kena sihir, bau macam kena mandrem, kena mak esah... Pernah tak dengar?" soalnya melalui video di media sosial. Salah seorang pelayar menyelar pendedahan lelaki itu yang dianggap membuka aib pengantin yang juga pelanggannya. "Kurang ajarnya awak ni. Pelanggan bayar awak tapi kenapa mesti nak buka aib orang eh? Awak tu wangi sangat ke?" tulis seorang individu di ruangan komen. Menjawab komen itu, lelaki tersebut berkata dia tidak membuka aib sesiapa, malah identiti pengantin juga tidak didedahkan dalam video tular berkenaan.
"Penat la macam ni. Aku cerita fasal pengalaman dan saya buka aib siapa? Nama siapa? Duduk mana? Akak tahu ke? Dia bayar ke tidak? "Saya tak sebut pun nama dia, dia duduk di mana, tarikh bila, pukul berapa, anak Pak Suud ke, Pak Saad ke, tak cerita langsung nama dia. Jadi mana akak tahu tu aib dia?" kata lelaki itu mempertahankan tindakannya. Dalam satu lagi video berlainan, lelaki itu turut memberi pesanan kepada masyarakat agar menjaga kebersihan diri mereka bagi mengelakkan terjadinya masalah bau badan. "Aku nak beritahu hangpa, sebagai seorang perempuan, tak kira perempuan atau lelaki, kebersihan tu kena jaga. Sebab tu dalam beg aku sentiasa ada body oil atau benda yang mewangikan. "Apabila kita nak jumpa orang, kita rasa tak selesa dengan diri kita, kita spray. Hang tak payah rasa bau peluh ni seksi, yakin dengan diri. "Aku nak tekankan kat sini, siapa yang kutuk atau komen aku ni buka aib dia, hangpa sila perhati balik betul-betul kalau aku buka aib," ujarnya lagi. Di ruangan komen, ada yang tidak bersetuju dengan pendedahan memalukan itu, namun terdapat segelintir individu mendakwa mereka turut berdepan pengalaman serupa. "Ada. tujuh tahun lepas. Masa nak mekap sanding baru terjadi, sebelum tu dia okey saja. Dari mula mekap sampai malam pun masih bau hanyir bagai. "Saya mekap pengantin lebih 20 tahun. Macam-macam saya jumpa. Tapi saya ambil sikap keluar rumah mereka, saya butakan mata dan zip mulut. "Saya buat inai. Masa buat dekat kaki dia tu, Ya Allah semua bau ada. Dah la dia pakai kain. Bau kaki ke bau apa dah tak tahu, busuk sangat. "Pernah. Tiga hari pengantin tak mandi. Famili dia tak bagi sebab tak nak bagi hujan. Bau dia sampai saya demam. Sampai esok bau dia kat kepala," ujar beberapa individu. -CARI Sumber: mStar
|
epullipan replied at 22-6-2023 02:42 PM
aku ase sbb pompuan tu dtg bulan kot..eh tapi nak kawin takkan date time dtg bulan...terliur la peng ...
cattiecute replied at 22-6-2023 02:44 PM
aku pulak nak cerita bau mulut MUA time mekap
dah la kita terbaring dia dok mekap
boleh pulak dia be ...
Suchi replied at 23-6-2023 09:39 AM
Iols plak penah pening sbb bau tangan org tu tak ingatla masa tu buat apa nk kata mekap iols jaran ...
liyamariska replied at 22-6-2023 02:51 PM
ada sesetgh manusia ni mmg punya bau badan yg agak berbau selain busuk, hanyir, peluh masam kepam dn ...
shi_jewel replied at 22-6-2023 02:36 PM
bau tiyak yer? bagi dia kapur barus satuwwwwwwwwwwww...
dah tau berpeluh 24 jam...kerapla gi mandi ...
ADVERTISEMENT