CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sumbang Duit Sana Sini, Buat Surprise Mewah Untuk Isteri- Hafiz Mahamad Dituduh Kaya Sebab Forex?

22-6-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3443| Komen: 30

Hafiz Mahamad dituduh terlibat dalam urusan perdagangan Forex oleh individu di Twitter baru-baru ini.

Namu katanya segala apa yang dimilikinya pada masa kini datang daripada penat lelah mengelolakan syarikat produk kecantikan bersama isteri, Syafiqah Aina.


Foto: IG

“Jujur saya cakap, saya tak pernah langsung terjebak dengan Forex. Saya tak pandai. Macam saya kata sebelum ini, saya tumpang rezeki isteri saya. Jadi, sumber pendapatan saya memang datang daripada perniagaan bersama Aina yang kami usahakan.

“Dari dulu sehinggalah sekarang, sumber pendapatan saya hanya daripada Ainaa Beauty sahaja. Ya, orang nampak mewah bila saya surprisekan isteri… dengan sewa panggung wayang dan sebagainya.

“Tapi, dalam dokumentari yang saya terbitkan itu, saya tak nak hadiahkan Aina barang mahal seperti kereta atau tas tangan. Saya nak appreciate dia dengan menampilkan ayah dan kakitangan dia dalam dokumentari tersebut. Mereka bercakap hal yang baik-baik tentang Aina,” katanya ketika dihubungi Gempak.




Hafiz mengulas mengenai dakwaan berkenaan selepas dia berkongsi video mengenai surprise yang diberikan kepada isteri sempena sambutan hari lahir baru-baru ini.

Ditanya adakah dia berasa terkejut apabila dituduh sedemikian rupa, Pemenang Utama Gempak Most Wanted Awards 2022 itu menjawab: “Pertama sekali, saya hormati apa yang mereka cakap. Sebab kita tak boleh kawal persepsi orang. Mereka ada hak nak kata apa sahaja sebab mereka tak kenal kita.

“Tapi, tentulah saya terkejut… sebab saya tak pernah terlibat dengan Forex. Tapi, taklah sedih sangat sebab mereka tak kenal kita. Ada juga yang kata saya datang dari keluarga senang, tapi tidak. Ibu bapa saya kakitangan kerajaan.

“Bagi yang kenal saya, memang mereka tahu saya dan Aina struggle sejak dulu. Sebab tu bila saya dah senang, saya beri balik kepada masyarakat. Sebab yang support saya dulu bukan orang kaya, tapi mereka yang susah juga,” tuturnya.



Hafiz bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing mengenai hal ini dan tidak mahu mengenakan sebarang tindakan kepada mereka yang menuduh dirinya terlibat dengan urusan perdagangan Forex.

“Saya tidak akan ambil tindakan. Orang kata ia fitnah, tapi saya anggap ia satu andaian sahaja. Pada saya mereka seperti sahabat yang baru mengenali saya. Mereka tidak tahu,” ujar Hafiz menutup perbualan.


Terdahulu, Hafiz berkongsi mengenai kejutan yang dihadiahkan kepada Aina sempena ulang tahun kelahiran isterinya.


Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan kekayaan Hafiz sehingga ada mendakwa dia terlibat dengan Forex. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote capiloton 22-6-2023 12:28 PM
Edited by capiloton at 22-6-2023 12:31 PM
Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan kekayaan Hafiz sehingga ada mendakwa dia terlibat dengan Forex. -CARI


ingat forex ni skim cepat kaya ka?

kalau nak rasa duit lebur dengan pantas,
silakan trade forex

dalam kelas baru2 ni, aku kenal sorang retired navy
lebur usd 38,000 dalam fx
  
he really underestimate forex market
dia ingat forex ni easy money,
org pandai la kata kan, jawatan tinggi pulok tu

kalau tiada ilmu di dada,
konfem melambung lambung di badai ombak ganaz,
di dalam fx market yang berjumlah usd 5 TRILLION sehari
ini la tempat nya jerung besau sapu duit trader2 ikan bilis

Quote aciksenah 22-6-2023 12:44 PM
Sapa tuduh tu?? Ntah2 tuduh diri sendiri sebab nak bagitau pasal bisnes n produk yang dia jual. Skrip marketing yang biasa orang dok guna. Cuba lagi..
Sebab tu iols cakap tu semua part of the marketing je. Salah satu cara nak bagitau dunia apa perniagaan dia. Apa produk yang dia guna. ODengan cara ni mesti orang akan curious dia berniaga apa sampai boleh buat surprise mcm tu.
So secara tak langsung orang akan kenal produk dia jugak. I tak rasa dia guna duit sendiri. Mesti duit company..n dia ada team marketing dia sendiri. Daripada labur kat orang..labur untuk diri sendiri. Syarikat pun dapat tempias.
Quote axl_bach 22-6-2023 12:47 PM
capiloton replied at 22-6-2023 12:28 PM
ingat forex ni skim cepat kaya ka?

kalau nak rasa duit lebur dengan pantas,

Itulah, org igt forex trade ni easy money..... Yg easy money tu scam beralaskan forex
Quote Perawankota 22-6-2023 12:47 PM
Tapi sebelum ada aina beauty pon dia dah tunjuk dia kaya kan... Or memang asal org kaya?
Quote pearl.silver 22-6-2023 01:22 PM
I tetap rasa dia n aina fake
Sume romentik2 tu fake
Biasanya firasat i ni betul
Quote OsHiN_hOnEy 22-6-2023 01:39 PM
sejak bila forex tu is a bad thing?
there's something off about him
bini dia pulak semakin hari nmpk mcm recluse
dulu masa baru2 kahwin takda lar gini, kurus melidi
she was a happy girl, tersenyum jer, but now
muka suram muram, padahal kaya kot
and kalo laki dia bebetul baik off screen, treat dia mcm Queen
mesti kebahagian tu lebih terpancar kat muka bujur sirih aina
kkdg aina tu dipotray as pompuan lembik, tiada keyakinan diri, cuma perlukan suami dia
staffs pun nmpk menikus dgn dia (sometimes that's a good thing though)

his reel life is tooo scripted, aritu nmpk ada sorg pakcik
yg recap blk apa yg hafiz dah pernah buat
all along tu ada jer cameraman, pastu hafiz cium tangan, cium pakcik

dia ni ada vibe ebit euuwwwwwww

Quote AngelFreakyAF 22-6-2023 01:45 PM
Cuci ke Wei...main cuci² kot
Quote adizero11 22-6-2023 01:56 PM
Sebelum tubuhnya Aina Beauty dulu dia sewa kapal dgn limo bagai rasanya duit turun dari langit..sbb parents dia cikgu kan..#BersangkaBaik
Quote Cassieopeia 22-6-2023 04:05 PM
sblm aina beuty dia bisnes ape tah. skrg je focus aina beauty. member pakai skincare dia kate elok siap klinik kan tp xde rasa nk try  
Quote Cassieopeia 22-6-2023 04:06 PM
OsHiN_hOnEy replied at 22-6-2023 01:39 PM
sejak bila forex tu is a bad thing?
there's something off about him
bini dia pulak semakin hari nmpk ...

aina ni last year kot sakit terukkan dan ada yg kata ade org buat. lame gak tu yg kurus tu
Quote hudalarva 22-6-2023 04:09 PM
orang lain kerja separuh mati pun masih biforti tegar... theyols pulak semedang tabur duit untuk ditonton oleh nurtizen malaya saban tahun... adakah kedai dobi?
Quote ina_na 22-6-2023 04:09 PM
pearl.silver replied at 22-6-2023 01:22 PM
I tetap rasa dia n aina fake
Sume romentik2 tu fake
Biasanya firasat i ni betul

Aku pun rs Sama .dah keje dia org ni mcm ni..nak tunjuk kat follower terpaling2 semua nye...org yg bahagia biasanye x de nk tunjuk kat org ramai terpaling2... Sll bt x kisah je..bukan ke lg ramai pengikut..lg ramai yg tgk content akan dpt lebih income dr situ
Quote grouper 22-6-2023 04:18 PM
Mmg berkesan ke produk2 founder2 ni sampai jualan juta2 org mcm gile beli produk diorg tu. Klau x berkesan mesti org x beli kan...apa kata suruh founder2 ni cipta vaksin utk penyakit plak sbb mcm hebat je blh cipta produk yg berkesan...tolong la cipta vaksin kobid buatan msia n vaksin utk penyakit sma type 2 yg rege 9 juta klau beli dari luar
Quote NazRysha 22-6-2023 04:35 PM
gei la aku tak pernah suka dekat dia laki bini
Quote chikumanis 22-6-2023 04:43 PM
klinik dia tu klinik asthetics kan...klinik syok sendiri la kiranya..

betulkan hamba jika salah
Quote Aikiko 22-6-2023 05:32 PM
Hmmm...ntahla da lama rasa fishy laki bini ni. Tapi yg dia tlong baby nayl ke baby apa tu salutelah.....tu pun rasa cam nak war2 jgak dia ada bantu kan
Quote totokreturn. 22-6-2023 05:35 PM
sapa dah pi klinik derang dan beli produk derang?

jom support business bumiputera sejati melayu
Quote iolss 22-6-2023 06:07 PM
org tua2 kt bahagia ni jgn tunjuk sgt.. tkt x berpanjangan..
aritu bkn dah kena skt ke bini dia.. tlalu expose sgt pon bahaya juga..
simpan sndri dah la..
content psl bisness ok je.. tp hal dlm kain simpan jela sndri sweet2 tu..
ai xdengki ae.. cm sekadar meluahkan pandangan
Quote Safirania 22-6-2023 07:42 PM
Terpaling

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056020 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top