CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Datang Berselimut, Kebas Beg Jemaah Tengah Solat Di Surau

22-6-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 880| Komen: 9

Description: JEMPOL: Kelibat seorang pencuri menggunakan selimut untuk menyembunyikan identitinya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Surau Kampung Indah, Bahau.Dalam kejadian itu, beg silang milik seo ...
JEMPOL: Kelibat seorang pencuri menggunakan selimut untuk menyembunyikan identitinya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Surau Kampung Indah, Bahau.

Dalam kejadian itu, beg silang milik seorang warga emas, Abdul Rahman Salimap, 68, dikebas pencuri tersebut menyebabkannya kehilangan dokumen penting termasuk kad bank serta wang tunai sebanyak RM150.


Menurut anak tiri mangsa, Rafika Fitri Masweldi, 33, kejadian berlaku ketika bapanya menunaikan solat subuh di surau berkenaan.

Foto: Utusan

“Kejadian kira-kira pukul 6 pagi, ketika itu ayah jadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir, bagaimana pun ayah sedar ada kelibat dibelakangnya namun beranggapan ada jemaah lain datang hendak solat.

“Selesai solat, beg yang diletakkan di tepi sudah hilang, lalu ayah memaklumkan perkara itu kepada imam sebelum memeriksa CCTV,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Berdasarkan rakaman CCTV yang dimuat naik Rafika Fitri di akaun Facebook miliknya yang memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut. 

Lelaki berkenaan kemudiannya mencapai beg silang di bahagian tepi surau sebelum keluar. 

“Wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membeli ubat berikutan kesihatan ayah tidak begitu baik termasuklah penglihatannya. Laporan polis juga sudah dibuat semalam di Balai Polis Bahau,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut merupakan yang kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung surau di situ. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 22-6-2023 11:37 AM
5x tu dalam tempoh berapa lama? Kalau dalam tahun ni, maknanya benda tu serius perlu diambil perhatian.
Quote Skuau 22-6-2023 11:40 AM
nampaknya 'hantu selimut' tak takut orng tgh semayang.
Quote nolya 22-6-2023 04:16 PM
Berita kes kecurian ketika jemaah sedang bersolat dah banyak kali diceritakan.  Apakah tak ade satu kaedah yg dpt difikirkan oleh orag ramai bagaimana perkara begitu boleh dielakkan. Mungkin jemaah yg bersolat dinasihatkan supaya dpt mencari jalan untuk selamatkan barang peribadi spt dompet, kunci motor/kereta ketika berada dlm masjid. Mungkin jemaah lelaki boleh pakai dompet lilit pinggang (yg spt peniaga2 gunakan) dn bagi jemaah pompuan dompet diletakkan di bawah sejadah solat atau pakai dompet kain berzip yg diikat pd badan.  Cara begini tentu lebih selamat.
Quote zjen 22-6-2023 07:39 PM
maklum la,  mat rempit semua berasal dr rajin bersolat sejak tadika lagi ...  bila dah masuk remaja start naik motor gi solat ...  step by step la tu
Quote kakikuDibibirmu 22-6-2023 07:58 PM
Ya ayyuhal muzzammil tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 22-6-2023 08:29 PM
Ya ayyuhal muddassir tersenyum sinis
Quote eLiaD 22-6-2023 09:26 PM
tolong la jd cerdik skit dgn brg berharga jgn jd bongok sgt



RiP
Quote MarryPottet 23-6-2023 12:39 AM
Ni esok bila dah tertangkap jgn pulak dia kata dia sleepwalking
Dia tak sedar terambil beg tu sebab tgh ngigau, tu pasal dia dlm keadaan masih berselimut
Quote kkm123 24-7-2023 12:07 PM
nampaknya 'hantu selimut' tak takut orng tgh semayang.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044359 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top