Public Health Malaysia menyatakan tinjauan yang dilakukan oleh NHMS pada tahun 2022, seramai 154 ribu remaja di Malaysia dilaporkan pernah melakukan huhungan seks dan 75% menyatakan mereka masih aktif melakukan hubungan tersebut.
Lebih mengejutkan, 33% daripada jumlah tersebut telah mula berhubungan seks sebelum tingkatan 2 lagi dan 88% tidak menggunakan sebarang perlindungan. 11% daripada jumlah keseluruhan juga menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih daripada 1 pasangan. Perkara ini sangat membimbangkan dan perlu ditangani segera supaya generasi akan datang tidak terikut-ikut. KESAN SEKS SEBELUM NIKAH 1. HAMIL SEBELUM NIKAH Walaupun ada segelintir yang memilih untuk memakai kondom ketika melakukan seks tetapi risiko untuk mengandung tetap tinggi. 2. RISIKO PENYAKIT KELAMIN
Virus HIV boleh membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan punca utama adalah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. 3. PEMBUANGAN BAYI Kes pembuangan bayi juga akan meningkat dek kerana tindakan kejam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab. 4. IMPLIKASI UNDANG-UNDANG Seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu. Perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang. Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” . LANGKAH UNTUK ELAK MELAKUKAN SEKS Kata TIDAK kepada hubungan seks Elak membaca dan melihat bahan-bahan lucah Libatkan diri dengan aktiviti lebih berfaedah seperti bersukan Dekatkan diri dengan agama -CARI Sumber: Sirap Limau
|
tumpanglalu74 replied at 22-6-2023 11:15 AM
Budak pompuan yang offer..
LANGKAH UNTUK ELAK MELAKUKAN SEKS
Kata TIDAK kepada hubungan seks
Elak membaca dan melihat bahan-bahan lucah
Libatkan diri dengan aktiviti lebih berfaedah seperti bersukan
Dekatkan diri dengan agama -CARI
copy_paste replied at 22-6-2023 11:39 AM
selalunya diorg offer dgn cara kemesraan dan kemanjaan kan
Decaffeinated replied at 22-6-2023 01:59 PM
Semua tak boleh pakai. Ko ingat budak2 tu tak pernah dengar idea bernas ko ni ka?
pekanwoohoo replied at 22-6-2023 02:29 PM
Kenapa eh diorang macamni? Tak cukup kasih sayang dari seorang lelaki macam ayah ke? Kiranya diora ...
pekanwoohoo replied at 22-6-2023 02:29 PM
Kenapa eh diorang macamni? Tak cukup kasih sayang dari seorang lelaki macam ayah ke? Kiranya diora ...
pekanwoohoo replied at 22-6-2023 02:29 PM
Kenapa eh diorang macamni? Tak cukup kasih sayang dari seorang lelaki macam ayah ke? Kiranya diora ...
Atata replied at 22-6-2023 02:33 PM
Entahnyeee..macam karangan spm je dia punya langkah2 menangani
ADVERTISEMENT