CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebit Lew Yang Buat Hal, Roslan Shah Pula Yang Buruk Nama Kena Menjawab

22-6-2023 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2727| Komen: 25

Tindakan Ebit Lew membatalkan penglibatan dalam sebuah acara jualan di Singapura yang sepatutnya bermula Jumaat ini dikesali pengacara Roslan Shah.

Kata Roslan, 51, pihak pengurusan personaliti dakwah dan aktivis yang berurusan dengannya sebelum ini tidak memaklumkan lebih awal personaliti itu perlu berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Haji.



IG

"Katanya Ebit ke sana di saat-saat akhir dan terpaksa membatalkan penglibatan untuk acara minggu ini.

"Apa yang membuatkan saya kesal adalah mereka tidak memaklumkan kepada saya sehinggalah pihak penganjur sendiri memberitahu apabila melihat perkongsian Ebit yang sudah berada di Makkah," katanya kepada mStar.




Roslan sebelum ini berkongsi beberapa paparan perbualan dia bersama pihak pengurusan Ebit tentang pengesahan untuk terlibat dalam program tersebut.







Tambah Roslan disebabkan pembatalan itu, penganjur acara The Wedding Affair terpaksa menanggung kerugian hampir SGD10,000 (kira-kira RM34,600) bagi kos penginapan, pengiklanan dan sewa tapak perniagaan.

Malah Roslan sendiri perlu berdepan dengan pihak penganjur kerana bertanggungjawab sebagai pengantara akan membawa selebriti untuk terlibat dalam acara berkenaan.




"Sekarang ini saya pula yang kena menjawab. Saya hanya membantu selebriti untuk mendapatkan tempat berniaga, tetapi apabila berlaku perkara begini nama saya jadi buruk," ujarnya.

Dalam masa sama, Roslan juga berharap pihak Ebit dapat membayar ganti rugi bagi kos penginapan hotel di Singapura yang telah ditempah untuk tempoh tiga hari di sana.

Tambahnya, biarpun tidak pernah menyesal atau putus asa, Roslan berharap ia tidak akan berulang.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aciksenah 22-6-2023 10:57 AM
Ustaz cabut lari sebab ada perbicaraan mahkamah le cik lan. Tetiba je pegi haji kan..
Quote prince_marhaen 22-6-2023 11:08 AM
usetat nak gi cuci mata dengan air zam zam lepas cacah tattoo mondey kat cendawan pink lebam usetat la Cik Lan.... eehehehehehehehehe
Quote prizadane 22-6-2023 11:14 AM
Yebit tu risau kalau tak pergi jalan-jalan, kena tangkap lak. So baik lah dia larikan diri ke mekah buat haji konon. Time ada kes perbicaraan la lari ke mekah. Bodoh! Sambil tu boleh la menyucikan diri dia di mata taksuber.

Cik Lan proceed report polis n hangkut je yebit ke court.
Quote CoffeeOverdose 22-6-2023 11:30 AM
Aritu kak lan ni gaduh dgn jamal dilah pasal isu expo juga. Ni pun isu expo juga. Dahla kak lan. Tk pyh jemput retis/seleb malaysia lah.
Quote ReginaGeorge 22-6-2023 11:59 AM
ostad mana boleh duk diam. dia kan nak bersihkan nama..
Quote emma.giggs 22-6-2023 12:26 PM
Tp mcm mane dia boleh dpt quota pegi haji last minit? Wlpon haji swasta semua tu kene booking awal2.. ke dia buat haji diy? Main redah je, janji dpt lari sambil2 cuci dosa
Quote aciksenah 22-6-2023 12:50 PM
emma.giggs replied at 22-6-2023 12:26 PM
Tp mcm mane dia boleh dpt quota pegi haji last minit? Wlpon haji swasta semua tu kene booking awal2. ...

Tak de sapa ke yang boleh check nama dia dalam list penerbangan. Nyah2 menyorok dalam rumah sebab malu. Eh..dia ada perasaan malu tak??

Quote Perawankota 22-6-2023 12:52 PM
Itulah gunanya amik deposit cik Lan oi.. Tak kira ustaz ke apa ke.. Tak kan booking mulut je..
Quote laksmanabentan 22-6-2023 01:00 PM
lari dari kes mahkamah ker tu... tiber naik haji ler pulakkkk...
Quote 3chanceno 22-6-2023 01:03 PM
Hebat betul, last minit boleh dapat visa haji & tiket penerbangan ke Jeddah  kes masih berjalan,pasport tak ditahan
Quote Dolmat 22-6-2023 01:19 PM
Yg gi mengelappuuuuu buat aper... Dah teranggggg2 PENUNGGANG penipu... Abis si mody tattoo pat mana sekarang? Balik negeri ke atau tolong jualkan sambal kocok2 dalam negeri?
Quote Dolmat 22-6-2023 01:21 PM
laksmanabentan replied at 22-6-2023 01:00 PM
lari dari kes mahkamah ker tu... tiber naik haji ler pulakkkk...

KO dah pergi hajiiiii labu... Orang bulan depan Naik kapal haji.. Ko dah Haji labuuuuuu?

Duit kepok2 adaaaaa semua bleh...besok lusa nak gi Haji pun boleh...

Quote totokreturn. 22-6-2023 01:21 PM
apa ni bit bit ni buat mcm ni
Quote laksmanabentan 22-6-2023 02:26 PM
Dolmat replied at 22-6-2023 01:21 PM
KO dah pergi hajiiiii labu... Orang bulan depan Naik kapal haji.. Ko dah Haji labuuuuuu?

Duit ke ...

panggilan uoollsss... kita tak boleh tolak tu...
sbb bukan semua orang dapat pergi haji kann...
gitu konsepnya...
Quote pilot 22-6-2023 02:34 PM
btui ka pun g hj lasrt menet bkn ada quota ke...blh check ke pic bila yg dia share mana tau dh siap2 prepare content
Quote dudaberhias 22-6-2023 02:43 PM
ustaz tengah sibuk melayan cikki rhoper mantis gotg dan sesumpah tu...
taste dia semua cikki2 comot berlemuih berbau kepam bertudung labuh...

asalkan bertudung labuh walaupun comot sampai mondy tu pun di sarungkan kanopi kenduri kahwin...

Quote opie5662 22-6-2023 02:45 PM
Aku x rasa die g haji... Tah2 nyorok kat umah mondi.. Haha
Quote missbigrockstar 22-6-2023 03:03 PM
Kesian Cik lan ni asyik lah kena cancelled dek org. Dan buat apa lah pi deal dgn lebit. Mcm takda org lain. Dah lah senang2 pi sana sini walau ada kes mahkamah. Chait.
Quote anggeriklatifah 22-6-2023 03:05 PM
3chanceno replied at 22-6-2023 01:03 PM
Hebat betul, last minit boleh dapat visa haji & tiket penerbangan ke Jeddah  kes masih berjalan,pa ...

Something wrong la dia ni...
Entah la apa akal dia...
Cam scammer ady kana tu je perangai nyaa
Semua lepas..at the end pihak authorities buat bodo
Cuma ady kana tak guna agama
Dia ni lagi teruk dary ady kana

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.344801 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top