CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Baru Scammer- Ugut Culik Anak Balik Sekolah, Minta Duit Tebusan

22-6-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 576| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR – Taktik terbaharu scammer menggunakan aplikasi WhatsApp mendakwa berlaku kejadian culik murid sekolah di sekitar Lembah Klang dikesan berleluasa!
KUALA LUMPUR – Taktik terbaharu scammer menggunakan aplikasi WhatsApp mendakwa berlaku kejadian culik murid sekolah di sekitar Lembah Klang dikesan berleluasa!

Terbaharu, eksekutif akaun nyaris menjadi mangsa penipuan scammer yang mendakwa menculik anaknya dan meminta sejumlah wang tebusan.


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima empat laporan berkenaan satu pesanan yang tular di WhatsApp mendakwa berlaku kejadian culik murid sekolah di sekitar Lembah Klang, antara 13 hingga 15 Jun.

Gambar Hiasan

“Salah seorang mangsa iaitu seorang wanita tempatan bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat tempatan memaklumkan menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali mendakwa menahan anaknya.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan sejumlah wang tebusan, namun wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan didapati anaknya dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Amihizam berkata, selepas memastikan anaknya dalam keadaan selamat, mangsa terus memutuskan panggilan dan membuat laporan.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Dinasihatkan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.

“Buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah anda mengalami situasi sama,” katanya.

Jelas Amihizam, orang awam juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan membuat laporan di balai terdekat sekiranya berhadapan situasi terbabit.

Tegas beliau, sebelum membuat sebarang tindakan, orang ramai boleh menyemak nombor telefon atau nombor akaun di laman web ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum membuat sebarang transaksi.

“Sila laporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berdekatan,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-6-2023 10:56 AM
Celaka betul scammer ni...terdesak sgt nk duit org...tapi malas kerja
Quote ketupatnasi 22-6-2023 11:17 AM
muka, video, suara, lokasi sekolah, aktiviti n rutin harian anak ramai yang suka share kat socmed....tu belum masuk data peribadi anak yang terdedah bila submit ntah apa2 borang penyertaan/aktiviti lagi...  pastu kau terkejut
Quote tri-max 22-6-2023 11:45 AM
ketupatnasi replied at 22-6-2023 11:17 AM
muka, video, suara, lokasi sekolah, aktiviti n rutin harian anak ramai yang suka share kat socmed... ...

ya betul, jgn share sesuka hati je perihal anak kat socmed
da kena macam ni, kata scammer skrg da pandai
masalahnya parents yg vongok
scammer mmg tak pernah pandai, hanya mengambil peluang
Quote asudau 22-6-2023 11:54 AM
scammer memang celaka..bila la semua nak kena tangkap kan...
sampai begini sekali terdesak nak menipu orang..
Quote venom1 22-6-2023 01:01 PM
kalau pokcik jumpa scammer ni pokcik paksa dia terjun bangunan 17 tingkat
Quote adizero11 22-6-2023 04:32 PM
Scammer ni mcm company plak kejar sales hari2..mcm2 taktik kena buat sbb nk capai taget sales..haneett
Quote FOTHER-MUCKER 23-6-2023 07:51 AM
[fbv]https://fb.watch/lkBVc5rcLZ/[/fbv]
[fbvlink]https://fb.watch/lkBVc5rcLZ/[/fbvlink]

.............................

Quote FOTHER-MUCKER 23-6-2023 07:53 AM
Takan rohingya!
Quote hayrin86 23-6-2023 09:40 AM
asudau replied at 22-6-2023 11:54 AM
scammer memang celaka..bila la semua nak kena tangkap kan...
sampai begini sekali terdesak nak menip ...

Kan.. Harapnya apabila semua scammer kena tangkap kelak, sekat sekali akaun bank scammer masing-masing.. Kalau warga asing yang bukan pasangan yang bertunang atau berkahwin dengan rakyat Malaysia, dihantar pulang dan disenaraihitamkan dari memasuki Malaysia buat selama-lamanya..

Quote matamata 23-6-2023 09:50 AM
Aku percaya benda ni pihak berkuasa blh trace pelaku....
Kalau pasal tax sampai ke lubang cacing pun dia blh cari
Quote matamata 23-6-2023 09:51 AM
Kalau ada kena mengena dgn political millage bukan main cepat dia buat kerja

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.209391 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top