Seorang ibu dilema apabila pihak sekolah tidak membenarkannya membuat laporan polis berhubung dakwaan kes buli melibatkan anaknya di sekolah. Perkongsian itu dibuat menerusi Facebook Nur Rania yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit.
Berdasarkan perbualan antara ibu bapa pelajar dalam aplikasi WhatsApp seperti yang dikongsi wanita tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Pantai Timur. Nur Rania mendakwa, anaknya telah dibuli oleh pelajar yang sama sepanjang dua tahun bersekolah di situ. Kejadian berkenaan disedari baru-baru ini apabila mendapati baju sekolah kanak-kanak itu terkoyak, selain mukanya juga lebam. "Balik sekolah baju koyak, malam tu (Selasa) baru tengok muka anak bengkak. Mula tanya (dia) tak nak beritahu siapa pukul, lepas tanya betul-betul, (anak beritahu) orang yang sama pukul dia dari tahun dua sampai tahun empat."
Lebih menyedihkan, tindakannya mengadu kepada ibu bapa pelajar berkenaan menjadi sia-sia apabila mereka hanya menganggap perbuatan itu hanyalah gurauan sesama rakan sebaya. "Dah beritahu ibu bapa budak tu dalam WhatsApp Group, tapi bapanya cakap kalau tak boleh bergurau, jangan hantar anak pergi sekolah dah. "Ni bukan gurau dah, ni kena buli. Anak siap cakap lagi kalau beritahu mak abah nanti dia (pelajar yang buli) suruh abang dia pula datang pukul, anak aku trauma dah ni," luahnya. Setelah Nur Rania membuat aduan kepada guru pada Rabu, mereka didakwa menghalang niat ibu itu untuk membuat laporan polis berhubung kes buli tersebut. Sekiranya dia masih ingin berbuat demikian, pihak sekolah didakwa tidak akan lagi mempedulikan tentang prestasi pembelajaran anaknya di sekolah. "Aku ketar lutut dah ni, takut macam tahun lepas kerja sekolah anak tak ada, cikgu (cakap) kalau kita buat aduan, anak yang kena, (cikgu) tak (akan) ambil kisah pasal pembelajaran anak," katanya. Di ruangan komen rata-rata warga maya turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa kanak-kanak itu dan meminta Nur Rania segera membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan pengesahan rawatan daripada pegawai perubatan. "Buat report polis saja kak, kasihan budak itu. Pihak sekolah pun satu hal, mungkin anak akak dah mengadu tapi buat endah tak endah sajalah tu. Budak-budak macam ni kalau dah memukul ni, tak boleh biar. Kalau mak ayah budak itu tak boleh ajar, biar orang lain ajar," kata Eka Damia. "Tolong ambil tindakan, pergi klinik ambil surat doktor, buat laporan atau minta tolong kerjasama doktor buat laporan, jangan biarkan anak kena buli, nanti kesihatan mental anak akan terjejas, kena tegas sis," tulis Ainn Laudya. "Jangan ikut apa cikgu tu cakap, negara kita ada undang-undang. Buat laporan, kalau polis tanya kenapa tak buat laporan sebelum ini, cakap saja cikgu tak bagi buat. Kira cara cikgu tu dah macam mengugut. "Kita mak ayah ada hak untuk buat laporan demi keadilan, maruah diri dan keselamatan anak. Cikgu tidak ada jaminan untuk protect anak-anak di sekolah," ujar Puteri Irafiqa. -CARI Sumber: Majoriti
|
syamzana replied at 22-6-2023 10:08 AM
report la acik weiii...
p klinik, report polis, report sek/cikgu ke jpn (blh buat online je ni)
iols ...
takayama replied at 22-6-2023 10:12 AM
bab cari psikatris utk diri sendiri, kaka pun sama juga dah tu kita pun sama stress dgn apa yg ...
ADVERTISEMENT