Cuaca panas turut memberi kesan terhadap pelbagai spesies hidupan. Justeru, berhati-hatilah dengan kehadiran haiwan berbahaya yang mungkin keluar dari 'sarang' berikutan cuaca ekstrem ketika ini.
Terbaharu, tular video seekor ular dipercayai spesies tedung senduk yang keluar dari bahagian bawah binaan kepok sebuah kubur di Cheras, Selangor. Ketika seorang individu sedang merakam suasana di kawasan kubur itu, ular berkenaan dilihat menjalar keluar dan mengembangkan kepalanya. Katanya, ular berkenaan menjalar keluar sebelum masuk ke lubang bersebelahan kubur tersebut. "Ular tu masuk dalam lubang tepi kubur budak tu. Ular dah lari. Saya dah racun tempat laluan dia, tutup semua lubang yang ada," ujarnya yang bekerja sebagai penggali kubur.
TikTok @mankubur Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa bimbang akan kehadiran haiwan tersebut yang boleh membahayakan orang ramai dan berharap haiwan berbisa itu segera ditangkap. Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 22-6-2023 10:08 AM
area belakang umah aku ada black cobra.... ni panas2 takut dia muncul balik.. sejak banjir dia dtg. ...
PULANGKAN replied at 22-6-2023 10:49 AM
oiii la kaka, hati2 jangan sampai dia buat sarang, bertelur pulak
dulu rumah kami ada anak ...
ninja boy replied at 23-6-2023 12:17 AM
ular penghuni kubur tinggal sembahyang ka
supernaturalee replied at 23-6-2023 10:29 AM
iols menantikan komen ala mastika ratu
finally
ADVERTISEMENT