CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 10 Bulan Lima Beranak Tinggal Dalam Kereta, Lebih Perit Bila Kena Masuk Hospital Sebab Ketumbuhan Pada Leher

22-6-2023 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1518| Komen: 20

Bapa tiga anak mendedahkan sudah hampir 10 bulan keluarganya tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya kerana tiada tempat tinggal.

Kesusahan Razak, 42, bersama isteri dikenali Siti, 39, dan tiga anak mereka berusia tiga hingga lapan tahun itu mendapat perhatian warganet susulan perkongsian pengguna Facebook, Edi Arjuna Pencerita.


Perkongsian itu memberi sinar buat Razak sekeluarga apabila ramai tampil untuk membantu.


FB

"Mana ada bapa sanggup tengok anak tidur dalam kereta, tapi apakan daya, saya terpaksa," luahnya.

Menurut Razak, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti memotong rumput dan pemandu van sekolah, namun ujian kesempitan hidup mencegah ketika pandemik Covid-19.



Katanya, sebelum ini mereka pernah tinggal menyewa di Banting, Selangor dan menumpang di rumah keluarga di ibu negara, namun masalah yang berlaku menyebabkan mereka membuat haluan sendirian dan akhirnya tinggal di dalam kereta.

Lebih memeritkan apabila Razak dimasukkan ke Hospital Temerloh semalam kerana ketumbuhan pada leher yang disedari sebulan lalu.


FB

"Sepanjang tinggal dalam kereta, saya sudah bawa anak dan isteri bermalam di merata tempat, antaranya sekitar Nilai, Negeri Sembilan; Banting, Selangor dan terbaharu di Lebuhraya Karak, Pahang.

"Kebiasaannya kami tidur di dalam kereta, namun jika ada rezeki lebih, saya bawa anak dan isteri tidur di hotel bajet.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada gangguan atau masalah malah polis peronda juga bantu, memantau keselamatan kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Demi kelangsungan hidup, Razak kini mengambil upah sebagai mekanik jalanan tanpa meninggalkan anak dan isterinya, namun upah diterima tidak seberapa menyebabkan sukar untuknya menyewa rumah.


FB

"Saya memang nak sewa rumah cuma apabila dapat duit, kena dahulukan beli makanan dan keperluan anak, termasuk susu dan lampin pakai buang.

"Sebelum ini, ada juga simpan duit tetapi kereta rosak hingga saya terduduk... terpaksa keluarkan duit bagi membaiki kereta.

"Pernah juga berniaga jual air tin tetapi modal tak cukup dan kemudian ambil upah bantu mereka yang perlukan pertolongan akibat kereta rosak di tengah jalan," katanya.

Razak berkata, dia sedih apabila dimasukkan ke wad (hari ini) pada hari ulang tahun keempat anak keduanya dan tidak dapat meraikan bersamanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan dia perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan pada leher, berkemungkinan pada Jumaat.

"Saya harap pembedahan berjalan lancar kerana nak keluar bekerja dan cari duit untuk keluarga," katanya yang memberitahu sudah dihubungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas kisahnya tular.


FB

Katanya, JKM bertanya di mana dia sekeluarga mahu menetap selepas ini.

"Kalau boleh saya nak duduk di sekitar Karak dan berharap dapat bantuan bayar wang pendahuluan rumah kerana memang tak mampu buat masa ini," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Public Bank 4747117432 atas nama Siti Azeryna Daud atau menghubungi isteri Razak 014-878 0368.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 22-6-2023 09:34 AM
Tak mampo msh juga gatal nak kawin. Lps kawin, sesak2 pun nak juga beranak. Konsep nikah dan beranak itu membuka pintu rezeki kekdahnya. Dia sedap nikah dan beranak pinak, dh susah org lain pulak kena sara dorg sekeluarga. hati iol mmg bitter sbb kalau tk mampu jgn nikah dan membiak.
Quote maya_mahsuri 22-6-2023 09:43 AM
Di mana silapnya ntah. Orang asing berpusu-pusu masuk ke Malaysia mencari rezeki. Warganegara Malaysia dok mengemis di negara seniri.
Quote Tinot7 22-6-2023 09:47 AM
Dia tua 6 hari drp iols
Quote rospinki 22-6-2023 09:49 AM
takde yg silapnya lah..mana2 pun ada gelandangan antara nasib dan ketentuan hidup seseorg susah kita nk justify kan. mana yg mampu kita bantu kita bantu..sesungguhnya kita yg diberi rezeki lebih wajib membantu saudara2 kitayg memerlukan. tapi jauh sgt kalu dekat aku bgi kampit beras gula susu minyak gitu jah.
Quote prettyuglybabe 22-6-2023 10:23 AM
umur baru 42 and 39..
masih umur produktif..
tempat-tempat dia lepak tu pun banyak peluang pekerjaan..
nak dengan tak nak je cari..
reti baiki kereta pun kalau ada peluang kerja as jaga, kenapa tunggu untuk jadi mekanik..
kilang-kilang pun banyak..
entah la..
bangla myanmar india datang sini siap boleh jadi tauke..
orang kita yang lahir kat sini terkial-kial hidup dalam kereta..
bawak bini anak beratur dok rumah family pun kalau takde menyumbang perbelanjaan dalam rumah, sapa je tak angin..
Quote PULANGKAN 22-6-2023 10:52 AM
Allahu.. semoga dipermudahkan segala urusan
Quote prizadane 22-6-2023 11:00 AM
Kalau rasa kat karak tu takde kerja, datang la klang valley. Banyak kerja kat sini. Wife tu, boleh minta kerja taska. Jaga anak orang n jaga anak sendiri di taska. Ramai je owner taska yang baik hati….

Suami tu pula, kalau datang klang valley, InsyaAllah ada banyak kerja. Pernah jadi pomen kan? Banyak je bengkel nak pakai pomen yang berpengalaman. Atau buat freelance pomen. Post iklan kat whatsapp group or fb. Rajin tampal iklan kat petrol pump ke.. usaha. Bab depo rumah sewa tu if takde sangat, dah ada sumbangan ni, cari rumah sewa mur mur. Kesian kat anak-anak
Quote jazaa100 22-6-2023 11:08 AM
Aku tak baca hbis....

Pd aku, kes mcm ni x patut berlaku....
Klu dia pi pasar mintak kerja, ramai je org akn bg keja ....

Setakat nk raih simpati, dok dlm keta....tak letih ke?....
Quote copy_paste 22-6-2023 11:12 AM
dia kena lebih disiplin je,
kemahiran dah ada,minta aje keje pomen gaji 1.5k kurang2 ada juga income masuk, kalau prestasi bagus dpt gaji 2.5k,xperlu sampai 10 bulan duk dlm kereta,
Quote copy_paste 22-6-2023 11:16 AM
prettyuglybabe replied at 22-6-2023 10:23 AM
umur baru 42 and 39..
masih umur produktif..
tempat-tempat dia lepak tu pun banyak peluang pekerjaan ...

xdpt stick dengan 1 kerja bila terlalu ikut kepala sendiri tu yg jd mcm tu, serba serbi xkena dgn kerja,last2 umo dah 42 patut dah byk pengalaman dlm bidang yg diceburi.
Quote Samerosie 22-6-2023 11:19 AM
Susah nak cakap setakat ada ketumbuhan kat tengkuk je tak stop kerja.  Why not dapat duit, sewa bilik kat rumah tumpangan tu tak de la anak2 bini tak kepanasan, bernyamuk dengan sakit badan tidur dalam kereta.  Terus2 ingat nak sewa rumah memang lah selamanya tak kan cukup duit untuk deposit.
Quote cattiecute 22-6-2023 11:40 AM
jiran aku ada sorang macam ni
jenis tak boleh kerja dengan orang
kerja nak gaduh je
ada saja tak kena
tak boleh ditegur macam dia je selalu betul
last2 dia yang duduk rumah jaga anak2
bini kena kerja hempas pulas pagi petang sebab nak tanggung laki dan anak
hujung2 keluar sorang lagi.
adik iols kata "family arnab"
Quote asudau 22-6-2023 12:45 PM
pi la kerja kat ladang-ladang felda/felcra
indon dan bangla pun ada disediakan rumah kongsi
Quote mawardia 22-6-2023 01:19 PM
I speku dia susah nk dpt keje sebab dia ada growth kat leher tu. Majikan kat bumi malaya ni mane suka nak hire org sakit. OK la skarang dah op growth tu. Post op I harap he ols recover. I x suggest bagi duit kat mamat ni. I suggest memane majikan hire je dia. Bagi keje. Bini nye pun boleh keje. Kalau byk alasan, sila tendang keluar.
Quote anony-mous 22-6-2023 01:27 PM
See? Baik beli kereta dari beli rumah. Kurang2 klau sesak mcm ni, boleh la angkut kereta ank2 merata2. Kalau rumah xmampu byr bank kena lelong kena blacklist

Bab beranak pinak tu penat dah nk komen
Quote anony-mous 22-6-2023 01:29 PM
copy_paste replied at 22-6-2023 11:16 AM
xdpt stick dengan 1 kerja bila terlalu ikut kepala sendiri tu yg jd mcm tu, serba serbi xkena dgn  ...

I rasa tekaan ni plg betul. Jenis itu xkena ini xkena. Sbb tu dah 42 masih mencari2 mcm ni. Keje susah gaji murah xnk. Nk tau jgk ada dgree ke abg n kakak ni?
Quote anony-mous 22-6-2023 01:32 PM
Ank2 3 org tu umur berapa? X sekolah ke?
Quote ninja boy 22-6-2023 02:52 PM
Tersadai 10 bulan je pun, 1 org kena menjana 3k utk selesa,  kalau bekeluarga perlu >4k
Quote copy_paste 22-6-2023 03:08 PM
anony-mous replied at 22-6-2023 01:29 PM
I rasa tekaan ni plg betul. Jenis itu xkena ini xkena. Sbb tu dah 42 masih mencari2 mcm ni. Keje s ...

sbb sihat tubuh badan,siap ada kereta walaupun kereta lama,dan sblum covid pernah kerja mesin rumput dengan bawa van sekolah,umo 42 anak2 masih kecil,kawin lambat,masa muda mesti byk lepak x cari peluang pekerjaan utk bina kerjaya tetap,bila dah kawin baru betul2 nak kerja tp umo dah x muda mudi mmg susah la nk dengar arahan org,
aku dulu muda2 kerja kuli mmg panas je asik kena arah,tapi bertahan aje lah,demi pengalaman yg x seberapa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.048946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top