Sik: Seorang warga emas lelaki ditemukan tidak sedarkan diri semasa berada di kebun miliknya di Kampung Tupai, Mukim Teloi, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, yang tinggal di kampung berkenaan dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui oleh penduduk kampung.
“Anak mangsa yang tinggal di Kampung Kerawai, di sini menerima panggilan daripada penduduk kampung menyatakan ayahnya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun bersebelahan rumah mangsa. “Hasil pemeriksaan petugas perubatan dari Hospital Daerah Sik mendapati mangsa sudah meninggal dunia di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah menjalani pembedahan berkaitan. “Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau khianat pada mangsa dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Sumber: Utusan
|
elnor_81 replied at 22-6-2023 05:51 AM
Teringat arwah pakcik aku..meninggal dlm kebun durian. Mse tu pelik, malam x balik lg. Jumpa dlm pon ...
elnor_81 replied at 22-6-2023 05:51 AM
Teringat arwah pakcik aku..meninggal dlm kebun durian. Mse tu pelik, malam x balik lg. Jumpa dlm pon ...
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ |
elzy replied at 22-6-2023 08:11 AM
Teringat arwah bapa kawan saya.. Buat kerja kebun, dia penat pergi rehat bersandar pada pokok.. Semp ...
3chanceno replied at 22-6-2023 07:29 AM
Innallillah...kesiannya...mungkin dah kena patuk ular, tapi tak dapat berjalan nak mendapatkan ban ...
ADVERTISEMENT