CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Hubungan Sulit Boleh Kena Pecat

21-6-2023 10:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 431| Komen: 1

Beijing: Sebuah syarikat China melaksanakan dasar tidak konvensional apabila mengeluarkan amaran bahawa kakitangan yang menjalin hubungan sulit atau dalam proses perceraian boleh dibuang kerja.

Menerusi laporan portal berita News18, Notis mengenainya dikeluarkan pada 9 Jun lalu oleh sebuah syarikat berpangkalan di wilayah Zhejiang.


Notis itu secara jelas melarang pekerja yang sudah berkahwin daripada terlibat dalam tingkah laku yang dianggap memudaratkan seperti hubungan sulit.

Mengulas mengenai kesahihan larangan itu, peguam Chen Dong daripada Firma Undang-undang V&T menyatakan, Undang-Undang Kontrak Buruh menyebut bahawa pekerja hanya boleh diberhentikan jika gagal memenuhi tugas atau keupayaan mereka tidak lagi memenuhi keperluan syarikat.

Beliau menambah, walaupun sesebuah syarikat menambah hubungan sulit sebagai larangan dalam manual pekerjanya, pemberhentian atas alasan sedemikian boleh dicabar di mahkamah, lapor Wion News. – Agensi 



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-6-2023 09:07 AM
bagus jing

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064939 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top