Oleh Izzah Abbasy
Pakai minyak wangi sudah tentulah wangi. Tapi, baru sahaja sembur 10 minit dah hilang bau wangi itu. Hmm, pelik kan? Mulalah nak marah, nak tukar minyak wangi yang lain kan? Eh, ke minyak wangi yang dibeli atau digunakan itu murah? Sebenarnya, minyak wangi murah atau mahal bukanlah menjadi ukurannya. Bagaimana? jom, ikut langkah-langkah ini. Jangan buat! 1) Sembur masa badan basah selepas mandi 2) Sembur macam-macam minyak wangi dalam satu masa 3) Sembur di baju 4) Sembur di jam atau barang kemas Perlu buat! 1) Mulakan dari bawah ke atas. Sembur bermula dari pergelangan tangan sehingga belakang telinga. 2) Sembur minyak wangi pada badan dahulu sebelum pakai baju. 3) Jangan gosok selepas menyembur minyak wangi jenis 'spray'. Seperti biasa yang kita buat selepas 'spray' mesti gosok di pergelangan tangan. 4) Simpan minyak wangi di tempat yang tidak terdedah dengan panas matahari atau terlalu sejuk. Letaklah minyak wangi tersebut pada suhu bilik. Sesuai sembur pada ;
Bau minyak wangi boleh bertahan jika anda tidak menyemburnya secara kerap. Sekurang-kurangnya semburlah kali kedua setelah 3 jam memakainya. Diingatkan juga, minyak wangi boleh bertahan selama enam bulan. - CARI Infonet |
21
Bagus |
17
Marah |
27
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT