JAKARTA –Seorang ibu gembira apabila anak lelakinya mendapat tempat ke-27 dalam kelas di sekolah. Liputan 6 melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @barasa523. Wanita itu pada awalnya disambut oleh anak lelakinya ketika pulang bekerja. Dia yang masih berpakaian kerja terus meminta kad laporan peperiksaan anaknya.
Budak lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia mendapat tempat ke-27 dalam kelas sambil menunjukkan kad laporan yang diserahkan oleh guru. Wanita itu kelihatan berbangga dengan anaknya yang mendapat gred B dan C dalam kebanyakan subjek. Dia terus memeluk dan mencium anaknya. Dia kemudian memberikan hadiah kepada anaknya berupa pelbagai makanan ringan. Video itu mendapat perhatian dalam kalangan netizen. “Tahniah dik, setiap ibu bapa harus begini, bukan meminta anak-anak untuk mengejar ranking,” tulis seorang netizen.
“Dari planet mana ni, dia tidak membandingkan dengan anak jiran,” komen netizen lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
Madel replied at 22-6-2023 09:03 AM
Waktu aku sekolah rendah dulu, aku dpt no belas2 juga la.
Tapi bapak aku dia tanya ' dlm kelas ada b ...
Tinot7 replied at 22-6-2023 02:05 AM
Wow.. hang tere la ckp2 cainis?
cmf_premierleag replied at 22-6-2023 09:02 AM
Anak dia pakai baju uniform tu sebijik Russel mcm dlm film UP
Ke hulu hilir dgn baju pengakap kaler ...
skinsandstars replied at 22-6-2023 01:49 PM
ahhahaha betul tu. masa i tengok gambar dia pun i "macam eh macam budak Up"
Madel replied at 22-6-2023 01:09 PM
of coz lerrr..
dah ibu aku pong cainis mualaf.
Madel replied at 22-6-2023 09:03 AM
Waktu aku sekolah rendah dulu, aku dpt no belas2 juga la.
Tapi bapak aku dia tanya ' dlm kelas ada b ...
ADVERTISEMENT