CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pothole' Yang Bakal Membunuh, Dah Tampal Tapi Masih Berlubang

21-6-2023 07:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 263| Komen: 0

Keadaan jalan raya berlubang walaupun sudah ditampal dipercayai di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Tee, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor menjadi tular di media sosial seperti dimaklumkan menerusi laman Twitter Mynewshub pada Rabu.


"Pothole yang bakal membunuh orang, dah tampal tapi masih berlubang," ciapnya.


Jalan berlubang dipercayai berlaku di hadapan SJKC Khai Tee, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa agar pihak berwajib dapat menyelesaikan segera isu tersebut bagi mengelakkan lebih banyak berlaku kemalangan terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal.

"Lubang macam ini bahaya untuk motor. Faham tak boleh tutup terus manhole, tapi takkan tak boleh buat apa-apa langsung?" soal Soo_randum.GAME.

"Tunggu menteri-menteri jatuh dalam lubang tu baru selesai," kata shawn Roland.


Jalan berlubang boleh menyebabkan kenderaan yang melalui kawasan itu mengalami kerosakan.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sebelum ini memaklumkan, sebanyak 2,138 jalan berlubang direkodkan membabitkan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia setakat April 2023.

Manakala, sebanyak 8,519 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal bagi tahun sebelumnya. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.116719 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top