CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dicabul Di Pasar Malam, Warga Asing Dicekup

21-6-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 483| Komen: 4

Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul kehormatan wanita di tapak pasar malam di Taman Perpaduan, dekat Tambun, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan video tular memaparkan penahanan suspek cabul kehormatan di tapak pasar malam terbabit.



Gambar hiasan

Menurutnya, suspek berusia 20 tahun itu ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa kejadian iaitu seorang wanita berusia 36 tahun semalam.

"Perintah reman suspek itu selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat ini sudah diperoleh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kerana cabul kehormatan.

"Polis mengesahkan terima laporan polis mengenai kejadian cabul itu semalam daripada mangsa dan suspek yang melakukan perbuatan jenayah itu sudah ditangkap.

"Kini kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan pertuduhan," katanya dalam kenyataan petang ini.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-6-2023 08:15 PM
Sini malezia..tada apa takut..malezia vole- asing worang la.
Quote miss_white 21-6-2023 08:55 PM
Edited by miss_white at 21-6-2023 01:58 PM

Malayzia  vole pun kena tangkap juga
Buat suka ati pun kena hambat
Bangla bwk motor xde lesen pun polis kejar ya
Ingat apa
Quote elzy 22-6-2023 08:20 AM
Pergi pasar malam pun dah tak selamat..
Quote ninja boy 22-6-2023 08:25 AM
Malaysia byk bagus, makanan byk sedap, ada satay ada murtabak ada mee curry, bos kami mau pergi pasar malam kami belanja bos murtabak dan satay dan ayam percik dan durian

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065941 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top