CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"That Time, I Was Very Shaking Sebab..."- Sharnaaz 'Tak Berlakon' Masa Babak Bilik Siasatan Bersama Zizan

21-6-2023 07:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2794| Komen: 37

Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia melakukan latihan di gimnasium sebanyak tiga kali seharian tanpa henti sebelum memulakan penggambaran untuk membawa watak penjahat Reza dalam filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3.


Malah, Sharnaaz turut memberitahu babak ketika dalam bilik siasatan bersama Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dilakukan dengan sepenuh hati memandangkan ketika itu dia berdepan dengan masalah rumah tangga.


Gempak

“Aku balik, makan, aku tidur dan sambung petang gym. Aku balik makan, kemudian sambung lagi gym waktu malam. Tiga kali sehari untuk lakukan latihan setiap hari tanpa henti… 7 hari seminggu.

“Sampailah hari penggambaran, babak pertama adalah babak siasatan. Siapa yang dah tengok babak siasatan itu… itulah hari pertama aku dekat set di mana waktu itu I just let go… everything.

“Syafiq dan Zizan ada ketika itu, sebab babak itu antara aku dan Zizan. Waktu tengah rakam babak itu, semua orang dalam keadaan senyap. I was out from my body that time.


“Aku cakap melalui mata Zizan dan beritahu apa yang aku rasa. Sebab itu yang aku rasa masa itu. I lost my marriage, kind of my son masa itu. Energy yang aku bagi masa itu adalah aku bukan berlakon,” kongsinya.

Menurut Sharnaaz lagi, dia juga meminta untuk digari secara ketat kerana ingin menghayati babak tersebut.

“That time, I was very shaking because bro… diorang memang kunci (gari) aku betul-betul and I asked them to lock me. Gari aku, gari aku betul-betul. Itu saja aku minta… jangan gari loose sebab aku nak feel.

“Sebab aku nak tarik, jadi aku tarik jadi lebih ketat sebab kalau gari itu loose, I will jump on the table and ‘eat’ Zizan. That’s how I feel waktu itu. Zizan pun dah macam ‘apahal mamat ni’.

“Because that was my first scene… bila cut, it took me 30 minutes juga untuk calm down balik,” katanya.


IG

Filem Polis Evo 3 berjaya cipta rekod dengan meraih kutipan RM50 juta dalam tempoh 24 hari rasmi termasuk tayangan awal dan sekali gus menjadikan Polis Evo 3 sebagai filem aksi komedi nombor 1 paling laris di Malaysia sepanjang masa.

Meskipun memasuki minggu ke-empat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan dihimpit dengan pelbagai filem-filem daripada francais besar Hollywood, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton dari semua latar serta peringkat usia.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arwenlotr 21-6-2023 07:21 PM
Okkk
Quote likilu 21-6-2023 07:24 PM
Kalau tetap hambar macam mana?

Dah berapa minggu cerita ni tayang takde sapa mention babak tersebut pun?
Quote dudaberhias 21-6-2023 07:31 PM
Edited by dudaberhias at 21-6-2023 07:33 PM

tak habis2 dok mencapub isu penceraian dan anak rupa dustin stranger things ko tu...
ye la nak jual nama dan isu sendiri memang tak laku sebab isu yang ko ada semua pasal hempuk menghempuk orang... baling botol kat pengarah... hempuk penghuni kondo... dan macam2 lagi... lepastu kena cerai... yihhhh...

duk pung pang pung pang pasal lakonan dan babak ko hujung2 tak memoreable pun... takde sape nak hengat rhoperr kepam ko tu nyahh...

Quote mawardia 21-6-2023 09:12 PM
Lahhhh saiko! Kalau pape jd kat zizan dan crew time kau naik hantu tu, aku sanggup buat crowdfunding saman kau ni. Over bebenaww!
Quote 3chanceno 21-6-2023 10:08 PM
Tak faham apa kes masuk cerita cerai untuk menjiwai watak? Cerai tu dah lama jugak & ko pun cam dah banyak kali tukar gelpren  tengok ko tercalon dlm anugerah apa2 tak tahun depan
Quote alieyrina 21-6-2023 10:14 PM
Kessah pulak aku. Tak tengok pun
Quote Aneem 21-6-2023 10:37 PM
Adoii dia punya heboh mcm kan hebat nau le lakonan dalam tu.
Padahal bingit je lebih.
Quote Russ34 22-6-2023 12:35 AM
English nye pon
Quote Carcosa 22-6-2023 02:32 AM
I was very shaking?



Ternyata kau lagi bodoh drpd budak 5 tahun.
Sebab tu lah kau setakat jadi retis.
Quote babelina 22-6-2023 09:09 AM
ye la tu.. x hbs2..
Quote KamikuP 22-6-2023 09:10 AM
Best ke si sabut nyok ni berlakon dlm filem tu cerkabo kat sini jap.. ekekeke
Quote gorjeous 22-6-2023 09:17 AM
Best sangat dia belakon.
Quote JiEunTak 22-6-2023 09:20 AM
sorry lah nanas...
aku xpaham depa puji melambung lakonan hang
bagi aku hang villain yg paling x menakutkan ....


personal ranking aku.

1. Hafsyam (Hasnul Rahmat) ---- dia punya saiko baq hang....phew!
2. Jimbo (Pablo Amirul) ---- 1st time aku tgk mamat ni berlakon, x perlu dialog pun ---raut wajah dgn body language dia dah cukup meremangkan!
3. Izrail (bapak Kahar, Kapla High Council) ---- xpadan ngan kecek ganu ka kelate, tp mmg mendebarkan jugaa mamat nih.


sorry lah nanas, hang punya determination utk menjayakan watak mmg baguih, tp lakonan hg x at par ngan depa2 yg aku list ni.... bg aku tone sora hang pun mcm x cukup villain and yes, PE3 paling membosankan bagi aku... plot mcm Gerak Khas (standet laa Sapiq Yusof), ceta pun x dak luaq kotak.... suma plot predictable yakmattt.....
Quote ezacbee 22-6-2023 09:26 AM
Yok ooo je..

Takat gari betul2 pun kecoh..

Sama cam pelakon ida nerina filem gerak khas. Kecoh lakonan hebat rupanya takat bubuh piercing..

Quote Realpeople17 22-6-2023 09:37 AM
Maknanya bukan plakon hebat la sbb jiwa mse tu dipengaruhi dgn masalah peribadi. Kalo mse tu takde personal problem maknanya tak leh bwk karakter ke apa? Plakon hebat ni tak kira la tgh mood apa pun tetap bleh bwk watak brbeza. Entah la sbb ada ko la aku malas nk tgk citer ni. Meluat namati.
Quote Realpeople17 22-6-2023 09:41 AM
ezacbee replied at 22-6-2023 09:26 AM
Yok ooo je..

Takat gari betul2 pun kecoh..

Ida nerina try hard btul nk nmpk villain dlm gerak khas. Rsenye nasha aziz paling slay as villain dlm gerak khas. Sbb expression muka dia agak evil tp cantik jugak dlm mse sama.
Quote pembacagosip 22-6-2023 09:52 AM
JiEunTak replied at 22-6-2023 09:20 AM
sorry lah nanas...
aku xpaham depa puji melambung lakonan hang
bagi aku hang villain yg paling x men ...

semua yg ko cakap ni mmg watak penting siri polis evo
semuanya best

Quote adizero11 22-6-2023 09:52 AM
Aku nmpk dia mcm Lan Todak jer dlm filem tu..xder yg istimewa..filem best pn sbb punchline Zizan dgn Sam..tu jerrr
Quote ezacbee 22-6-2023 10:03 AM
Realpeople17 replied at 22-6-2023 09:41 AM
Ida nerina try hard btul nk nmpk villain dlm gerak khas. Rsenye nasha aziz paling slay as villain  ...

Yup masa nasha aziz.. jahat yg cantik.

Ida nerina tak berapa jahat sangat.. muka baik je.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063174 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top