Seorang pemuda menjadi bualan hangat selepas dilihat menikmati landak laut mentah. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik Kak Erly, pemuda tersebut sedang makan landak laut yang mentah di tepi pantai.
“Tak muntah ke? Sedap ke makan landak laut mentah-mentah? Apa rasa agaknya?,” soalnya. Melalui rakaman video tersebut, dapat dilihat pemuda itu sedang mengorek isi di dalam landak laut itu, kemudian dimakan secara terus. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan tindakan pemuda itu.
“Tak ada cacing ke dalam tu? Macam mana boleh makan mentah macam tu,” komen barbie92 “Anggaplah itu sebagai buah-buahan dari laut, jadi tak geli dah aku,” komen Irfan. “Aku ingatkan tu durian, tajam-tajam duri dia,” komen Mfadhilah. -CARI Sumber: Kosmo
|
Samerosie replied at 21-6-2023 07:09 PM
Kesian netizen melayu semua tak pernah buat/tengok. Boleh dek oi makan sea urchin ni mentah2 memang ...
ADVERTISEMENT