Berkongsi mengenai situasi dihadapi rakannya iaitu aktor Amir Ahnaf yang didakwa sombong gara-gara mengelak dari bergambar dengan peminat, pelakon baharu Fadhli Masoot yang mula melonjak naik semenjak membintangi drama siri popular Projek: High Council menerusi watak sebagai Hakeem mengakui berasa bimbang perkara sama berlaku kepadanya.
“Sejujurnya memang ada perasaan takut itu, cuma apa yang terjadi kepada Amir sebelum ini kita pun tak tahu situasi sebenar. Benda ini boleh terjadi pada sesiapa saja. “Sebab kita bukan robot, kita manusia biasa. Tapi kalau boleh, saya pun tak nak dan takut apa yang terjadi kepada Amir itu berlaku kepada saya juga,” katanya kepada Gempak. Sebelum ini kecoh apabilal Amir Ahnaf didakwa sudah tunjuk belang apabila enggan melayan peminat yang mahu bergambar dengannya. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik satu kisah apabila permintaannya untuk bergambar bersama didakwa tidak dilayan oleh pelakon drama bersiri Projek: High Council tersebut.
|
ADVERTISEMENT