CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jutawan Muda Hina Generasinya Malas Bekerja, Leka Main Media Sosial

21-6-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 477| Komen: 7

OTTAWA, Kanada –  Seorang jutawan berumur 23 tahun membidas generasinya kerana  ‘segan bekerja’  dan gemar melayari media sosial.

Katanya mana-mana anak muda yang ‘terasa’ dengan kata-katanya itu sebenarnya pemalas,!


MailOnline melaporkan, Luke Lintz dari Kanada yang sentiasa dahagakan kejayaan telah melancarkan syarikat perniagaan bersama dua adiknya, Jordan dan Jackson. Katanya, perniagaan mereka  kini bernilai lapan angka.

Foto: Jam Press

Lintz yang mempunyai 1.1 juta pengikut di laman Instagram berkata, dia terpaksa mengatasi cabaran peribadi untuk berjaya  termasuk penceraian ibu bapanya, didikan yang sukar dan gagap semasa kanak-kanak.

Dia percaya bahawa lebih ramai Generasi Z boleh melakukan perkara serupa  jika mereka berhenti ‘bermain’ dengan media sosial.

“Terlalu ramai orang muda membuat alasan sedangkan mereka boleh mencari  wang. Orang ramai boleh menyalahkan kelembapan ekonomi tetapi akhirnya anda akan mendapat kembali apa yang anda sumbangkan. 


“Anda perlu mengelilingi diri dengan orang-orang yang mempunyai dorongan untuk berjaya dan saya tidak dapat mencari orang seperti  itu kerana tinggal di kampung halaman yang kecil.

“Saya tahu saya benar-benar mengecewakan ibu bapa saya apabila memutuskan untuk meninggalkan kolej dan menguruskan syarikat saya sendiri.

“Pada mulanya, ayah saya sangat kecewa dan menghalau saya keluar dari rumah. Ini bermakna saya perlu mencipta kejayaan saya sendiri dari hari pertama.

“Bagaimanapun, semuanya berakhir dengan baik. Dia kemudian melabur dalam syarikat itu dan saya tahu dia bangga dengan saya sekarang. Saya tidak mengambil cuti selama tujuh tahun,” kata pemilik syarikat HighKey itu yang berasal dari Kanada tetapi kini menetap di Puerto Rico.

Ironinya, walaupun menyuruh anak muda memberhentikan mereka daripada menggunakan media sosial, dia sebenarnya mengaut kekayaannya menerusi pengiklanan di laman  Instagram. 

Dia bermula dengan membuat iklan untuk menjual produk fizikal dan kemudiannya berpindah dengan melakukan promosi digital dan khidmat perhubungan awam. –CARI

Sumber: Utusan

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 21-6-2023 07:59 PM
Saya tidak mengambil cuti selama tujuh tahun


google je nama dia
keluar gambar dan artikel percutian mewah bersama awek seksi
Quote sharlenetexas 21-6-2023 08:08 PM
Nape duk puerto rico?


Quote mojarean_X 21-6-2023 09:07 PM
Ini boleh combine ngan thread Gen Z cepat sentap tu
Quote sharlenetexas 21-6-2023 09:39 PM
PULANGKAN replied at 21-6-2023 07:59 PM
google je nama dia
keluar gambar dan artikel percutian mewah bersama awek seksi

Ada yg supply ayam ke?


Quote adizero11 22-6-2023 08:21 AM
Di camnilah..setiap org tu nasib, rezeki, jodoh, ajal maut dan ujian tu lain2..kalau brjaya alhamdulillah..duk diam jer fokus dan enjoy life sendiri..jgn brbunyi pasal org lain..kita xtahu yg mendatang dlm hidup kita nnt cmner..
Quote rosedemon 22-6-2023 08:31 AM
terpalingggggggggggg jutawan
Quote pooh~key 22-6-2023 08:34 AM
Kalau semua jutawan, siapa nak jadi hamba dek? Haaa gitchew konsepnya dek.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.176995 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top