Faizal Tahir kini lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir sahaja kerana itu sememangnya impiannya dari dahulu sebelum bergelar seorang penyanyi. “Passion saya lebih kepada songwriting and producing sejak dari dulu lagi. Masa masuk One In A Million dulu tu pun saya hanya nak kan duit tu untuk terus belajar, buka studio dan nak jadi producer je sebenarnya. Allah dah buka jalan ni, jadi saya kena ambil peluang tu dengan sebaik mungkin.
“Macam sekarang saya lebih fokus pada label saya Faithful publishing yang ada lebih kurang 40 ke 50 penulis di bawah kami yang saya rasa saya boleh kongsikan kepada mereka untuk menjadi penulis lirik yang lebih berjaya,” katanya kepada XTRA. Serik mencetuskan pelbagai kontroversi di pentas nyanyian, Faizal turut menyatakan kini fokus utamanya untuk mengekalkan staminanya dan memastikan anak-anaknya terhibur dengan persembahannya.
“Dari segi saya punya stamina saya dah tak macam dulu. Dulu saya mungkin boleh panjat sky folding, terjun masuk dalam air, bakar piano, boleh buat macam-macam. “Tapi pada usia sekarang ni, saya harus beringat yang saya dah ada nak dan saya nak anak saya saksikan persembahan saya yang mereka boleh enjoy. “Kalau sebelum ni orang pujuk, saya selalu cakap yang saya tak rasa saya boleh buat semua tu lagi. Nak nyanyi 20 lagu ni bukan senang. “Kadang-kadang dapat show nyanyi tiga ke empat lagu pun saya dah happy. Jadi perkara ini adalah sesuatu yang saya perlu ambil serius untuk stamina saya di konsert nanti,” jelasnya. -CARI Sumber: XTRA
|
dudaberhias replied at 21-6-2023 06:18 PM
serik sebab malu la tu gigih bukak2 baju padahal puting serhoper coco crunch jah...
badan pulak gend ...
rayna_raynes replied at 21-6-2023 07:48 PM
tp masa muda dulu dia hot.
skrg je tak selera tgk dia dgn rambut berubannya, misai jambang tak t ...
ADVERTISEMENT