CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejumlah Besar Wanita Warga China Didakwa Masuk Malaysia Untuk Berkahwin Dengan Warga Tempatan

21-6-2023 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 734| Komen: 12

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dakwaan mengenai sejumlah besar wanita warga China yang masuk ke dalam Malaysia untuk berkahwin dengan warga tempatan.

Kenyataan itu dibuat susulan soalan Senator Hussin Ismail mengenai tindakan kerajaan tentang 17,000 wanita dari China berkahwin dengan warga tempatan pada 2016 di Dewan Negara hari ini.


Sementara itu Hussin berkata, pada tahun 2018 sehingga 2021 pula ia melibatkan seramai 2,960 wanita warga China.

Shamsul Anuar, Foto: Kosmo

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, KDN sentiasa memastikan kemasukan dan keberadaan mana-mana warga asing dalam negara mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“Mana-mana pihak yang melanggar peraturan tersebut pihak kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Banyak tindakan penguatkuasaan telah dilakukan malah pengusiran juga telah dilakukan,” katanya.


Shamsul Anuar menambah, pada Januari hingga Jun lalu Jabatan Imigresen (JIM) turut membuat tangkapan dan pengusiran warga China ke negara mereka.

“Jumlah tangkapan warga China pada Januari sehingga 15 Jun adalah seramai 96 orang yang melibatkan 0.91 peratus dan seramai 146 orang telah diusir balik.

“Namun demikian, maklumat yang Yang Berhormat bagi kita akan teliti dan kami serius atasi masalah ini,” tegasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-6-2023 06:11 PM
MALAYSIA VOLEY YEY..YEY...APA PUNG VOLE.-Abangla
Quote PULANGKAN 21-6-2023 08:06 PM
hmm.. yolah.. yang tau, tau je la

satgi bukak mulut, masing2 kena serkup dek men in black
Quote Zazama 21-6-2023 10:38 PM
Apa pulak 'Se'jumlah! Berjumlah-jumlah yg dah masuk.
Quote sharlenetexas 21-6-2023 11:08 PM
Mail order bride?


Quote Decaffeinated 21-6-2023 11:26 PM
Local men pun suka shopping ke mainland (selain Vietnam) sebab lebih banyak choice. Ada billion2 nak pilih.


Quote Kuin-Kepam 22-6-2023 01:00 AM
Cari kat mana?
Quote cmf_almondpecan 22-6-2023 01:02 AM
Kahwin ok la itu memang tak dapat nak halang. Tapi kenalah ikut undang2 imigresen, pendaftaran apa semua.
Quote Rogue98 22-6-2023 01:03 AM
Tak fasih cakap BM pun boleh jadi warganegara ye. Kementerian yg bertanggungjawab bila nak ambik tindakan?
Quote rosedemon 22-6-2023 08:30 AM
kahkah tgk sepet2 semua tu kompom la tu
Quote ally9970 22-6-2023 09:41 AM
So dorang ni banyaknya kawin dgn Melayu ke, India ke, cina ke?
Quote rospinki 22-6-2023 09:45 AM
kesian pompuan2 sini persaingan cina pekpek
takyah perasanlah cina ke melayu zmn skrg ni mcm2 bole jadi oooo
seram aku miir..jgn kata org malysia org luar yg keje sini malam2 bole ws kita try water. tu pon buat2 tekejut aku..ahahah bodo
Quote krustykrab 22-6-2023 09:51 AM
Prc pun dh ikut perangai indon, rohibgya, bangla, paki

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073668 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top