Pilu hati melihat kegigihan seorang bapa menunaikan permintaan anaknya yang menghidap sakit kanser untuk mandi kolam. Menerusi klip video dimuat naik Syukrilazizi di TikTok, lelaki dipercayai bapa kanak-kanak terbabit mengangkat anaknya yang dibaringkan di atas pelampung dan membawanya ke kolam di luar rumah.
“Tunaikan permintaan anakanda, Nurul Jannah, untuk pergi kolam,” katanya. Tambahnya, dia berdoa supaya ini bukan kali terakhir dia dapat menjaga dan menunaikan permintaan anak perempuannya itu. “Moga ini bukan kali terakhir papa dan umi dapat tunaikan permintaan kamu,” ujarnya. Menurut hasil tinjauan Kosmo! mendapati Nurul Jannah menghidap kanser Neuroblastoma tahap empat. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nurul Jannah. “Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit Nurul Jannah dan permudahkanlah segala urusannya dan urusan papa serta umi dia,” kata Pujie Tokey.
“Ayah yang hebat. Moga terus tabah,” ujar Dielasky. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT