CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Stokin Jarang Sampai Nampak Kulit, Pelik Betul Fesyen Masya Masyitah, "Ada Ke Pakai Tudung Tapi Nampak Paha?"

21-6-2023 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8920| Komen: 79

Masya Masyitah sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila tampil menggayakan sarung kaki jarang dan menampakkan bahagian pahanya.

Ramai yang tak senang dengan gaya tersebut kerana ia tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung sepertinya.


Foto: IG

Malah ada di antara mereka berasa pelik dengan sikap Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, yang dilihat tidak serik-serik dan seperti sengaja tampil dengan pakaian sedemikian demi meraih perhatian.


"Pelik betul fesyen kau ini adik. Ada ke pakai tudung tapi nampak paha? Tiada rasa segan ke?

"Macam nampak paha awak. Kalau tak perasan cuba tengok balik. Awak cantik bertudung. Semoga awak fikir-fikirkan.

"Biasalah kalau tenggelam nak timbul balik, cara macam inilah. Islam itu indah tapi wujud orang macam ini, Islam dipandang serong," komen netizen.




Menerusi perkongsian itu, Masya mengenakan skirt berserta sarung kaki jarang dan but tinggi berwarna hitam.

Gaya tersebut dilihat juga cuba meniru fesyen gadis Jepun yang biasa menjadi ikutan dari kebanyakan penggemar animasi di sana.



Masya bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan.

Penyanyi ini juga pernah menerima kecaman sama sebelum ini kerana berani tampil dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-6-2023 04:39 PM
buka je lah totop ghambot tu
Quote adra5028 21-6-2023 04:49 PM
bukan xda legging yang tebal sikit kainnye..tah haper2
Quote prettyuglybabe 21-6-2023 04:54 PM
i tikam rambut dia buruk..
sebab tu tak nak buka tudung..
Quote mawarkhayalan99 21-6-2023 04:59 PM
asal naik nama budak ni je mst pasal fangsyunnn pelik2 sheols. bukak jela dik takyah malu2
Quote cikatilia 21-6-2023 04:59 PM
jenis2 gini bila bukak tudung (kalau)
tup2 rambut mesti warna warni
Quote Buritan 21-6-2023 05:04 PM
LadyCarefree replied at 21-6-2023 04:39 PM
buka je lah totop ghambot tu

Depa ni pakai Coldplay ape tah kan.. ala ala watak kartun anime kan
Quote xtravaganza 21-6-2023 05:06 PM
Leggings tebal sikit xde ke nokssss…

Comey dh tapi….

Quote pembacagosip 21-6-2023 05:07 PM
budak ni ngn isu pemakaian berpisah tiada
Quote CoffeeOverdose 21-6-2023 05:09 PM
Sapa dia ni? Gigih nau nak jd watak anime.
Quote Nham22 21-6-2023 05:10 PM
Bukak ajelq tudung tu.. Nak takut ape... Netizen kecam sat ja....hadap jela...
Quote Ahriman 21-6-2023 05:12 PM
Masih menahan diri..tiber.
Quote dudaberhias 21-6-2023 05:13 PM
fesyen dia memang pelik2... untuk kes dia ni memang iols bersama acik2 polis aurat...

sah2 la tak puas menyeksi lagi tapi gigih nak pakai tudung... buka je lah tudung tu nokkk... ko herlokkk dikkk... kena kecam pun dua tiga hari je kalau herlok ni sebab semua makcik2 selek.... kalau rhoper macam gampunk baru la akan di kecam sampai 7 keturunan... tengok la natasha hudson tu... elok jer dan aman bahagia dengan laki kepam baru sheols tuh...

Quote AbukRokok 21-6-2023 05:27 PM
nak tunjuk peha tp segan...tu yg pakai legging
mahu tapi malu tapi mahu tapi malu tapi mahu tapi...
Quote babelina 21-6-2023 05:41 PM
kesiannya la ko nie dik.. mcm2 isu ko..
Quote Lapislazuli2912 21-6-2023 05:44 PM
Buritan replied at 21-6-2023 05:04 PM
Depa ni pakai Coldplay ape tah kan.. ala ala watak kartun anime kan

Cosplay. Coldplay tu yang kecoh pasal konsert haritu
Quote kotakbaju 21-6-2023 06:02 PM
Buritan replied at 21-6-2023 05:04 PM
Depa ni pakai Coldplay ape tah kan.. ala ala watak kartun anime kan

Cosplay sis.

Coldplay band rock music

Dulu2 time muda remaja teringin gak nak join cosplay pakai baju budak sekolah high school jepun camni.
Quote ciksom 21-6-2023 06:11 PM
Akak sokong je kau bukak tudung.sbb kau ni cantik juga.
Quote Buritan 21-6-2023 06:13 PM
Lapislazuli2912 replied at 21-6-2023 05:44 PM
Cosplay. Coldplay tu yang kecoh pasal konsert haritu

Maaplaa.. aku dengo bunyi lebih kurang.. hahaha
Quote irvene 21-6-2023 06:15 PM
hello tu bukan tudung lah! tu rambut dia, korang tak nampak ke? kn rambut colour hitam

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top