Kakak kepada Asif Suhaimi , Siti Nur Atina mendedahkan perangai buruk bapanya yang menggunakan bayaran diterima remaja itu dari Syahmi Sazli Production untuk membeli dadah dan juga bermain judi.
Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya (OKU). Atina terpaksa mendedahkan perkara tersebt kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli. Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan. Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif.
Perkara tersebut juga bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku sekitar 2019 apabila lelaki itu memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran. Ujar kakak kepada Asif itu lagi, kesabarannya sudah habis kerana pelbagai kerenah bapa yang dikatakan menggunakan duit yang ada untuk membeli dadah. Dia rela berdosa membuka aib keluarga kerana sudah penat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan bapa sendiri terhadapnya berkaitan bayaran Asif. Untuk rekod, Asif Suhaimi atau nama sebenar Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan YouTuber yang sering terlibat dalam projek drama dan filem dari Syahmi Syazli. Dia yang merupakan remaja OKU turut pernah menggenggam trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020. -CARI |
dudaberhias replied at 21-6-2023 05:15 PM
humban je lah ayah korang tu ke dalam rumah asuhan si bainon tu... biar dia siram taik dadah tu paka ...
kiahbosan replied at 21-6-2023 06:13 PM
Kenapa nak bg ayah dia byk tu? Bodoh sungguhlah akak dia pun dah tau ayah dia kaki judi kaki dadih..
nazhidd replied at 21-6-2023 04:33 PM
dr dulu dok dengar kisah kakak dia songlap duit asif ni tp tak penah bukak cerita pape pun
kakak dia ...
MisXoXo replied at 21-6-2023 05:30 PM
Kenapa kaitkan bainon plak.bkn dia siram semua bdk2 tu.terkait bella aja..yg lain2 elok ja dlm jag ...
Carcosa replied at 21-6-2023 10:51 PM
Baru RM7k dah berebut2 mcm monyet dkt Batu Kep.
Eh, RM3k. Huuulahai. Dysfunctional nya family ni.
Ka ...
ADVERTISEMENT