Malang nasib remaja perempuan yang mengalami pendarahan teruk akibat diperkosa tiga rakannya. Menurut Kumparan, mangsa, 15, ke Pasar Pamanukan, Indonesia untuk membeli apam balik bersama saudaranya.
Usai membeli, dia diajak lima rakan lelakinya untuk melepak di kilang padi sebelum dipaksa mereka minum minuman keras. Mangsa yang tidak berdaya selepas minum minuman keras itu diperkosa secara bergilir-gilir oleh tiga rakannya sehingga mengalami pendarahan teruk pada kemaluan. Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Subang, Indonesia, bagaimanapun pada awalnya, memberitahu bapanya dia jatuh motosikal, namun akhirnya mengaku diperkosa. Selepas mengetahui kebenaran, bapa mangsa membuat laporan polis dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut. - CARI
|
ADVERTISEMENT