CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi OAG Bayar RM300,000

21-6-2023 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1719| Komen: 7

Bekas isteri  meminta Radhi OAG membayar RM300,000 susulan keputusan mereka untuk mencapai persetujuan bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung dakwaan wanita itu dicederakan bekas suaminya.


Nur Shahira Ayu Zahiri, 29, berkata, Radhi boleh melunaskan bayaran penuh atau RM1,000 sebulan untuk tidak membebankan penyanyi itu yang bertujuan untuk keperluan anak.

"Saya faham situasi Radhi, permintaan (RM300,000) untuk anak-anak dan Radhi sudah setuju dengan perkara itu. Selepas ini, kami akan buat 'hitam putih' (dokumen rasmi) untuk tandatangani (persetujuan).

"Sebenarnya Radhi nak beri RM5,000 dan RM500 sebulan, saya rasa tidak cukup untuk dua anak. Saya juga perlu bayar pinjaman kereta dan rumah, selain keperluan baju, makanan, vitamin, tuisyen dan sekolah anak.

Foto: Kosmo

"Zaman sekarang bukan macam 1960-an, 1970-an. Kalau diikutkan saya mahu lebih daripada jumlah itu tetapi bila bincang saya minta RM300,000," katanya ketika ditemui media selepas sebutan kes itu di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.


Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 46, kini dibicarakan dalam kes mendatangkan kecederaan kepada Nur Shahira mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengenai tawaran rumah oleh Radhi, Nur Shahira mengesahkannya dan bekas suaminya itu mahu dia serta dua anak tinggal di rumah itu.

"Untuk apa (tawaran rumah)? Nak suruh dia (Radhi) datang ke? Saya pun ada beli rumah dan kereta sendiri. Saya ada semua itu, minta maaf nak cakap kalau boleh tidak mahu ada apa-apa (dengan Radhi), untuk anak-anak saja.

"Saya serius sudah penat, benda ini banyak kali berlaku (insiden dipukul) dan kali ini saya buka kes (lapor polis). Radhi pun tidak mahu mengaku (salah) dan saya penat turun naik mahkamah, lebih baik saya akhiri kes ini," katanya.

Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Majistret, Nur Shahira memaklumkan hasrat menarik balik kes itu hasil perbincangan dengan Radhi, selain mahu menjimatkan masanya dan mahkamah.

"Saya sudah berbincang dengan Radhi), saya ingin menarik balik kes atas sebab tertentu. Salah satunya ingin menjimatkan masa saya dan mahkamah. Saya faham pekerjaan Radhi, maka saya ingin tarik balik kes dan selesaikannya secara baik," katanya.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, kemudian menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes untuk perkembangan laporan polis yang perlu ditarik balik oleh mangsa susulan persetujuan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee manakala Radhi diwakili peguam, Haziq Aizuddin Subhi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 21-6-2023 04:19 PM
Mmg level jantan melayu la dekkk kalau cerai nafkah ank 500 je depa bayo
Itu pun tenggelam timbul

Quote dudaberhias 21-6-2023 05:18 PM
dari 1 km dah nampak muka kacip dengan bibir hitam si radhi mata ikan buntal tu...
siap hempuk2 anak orang... kalau ko nak hempuk2 anak dara orang baik awal2 lagi ko kahwin dengan spesis si zarina sabut nyoq tu... yang reda jah kena hempuk dan smackdown dek anak hari2 demi konten... now makin giat dia beraksi tunjuk aktiviti bakalan kena hempuk sebab jualan pulut rendang dah merundum...

Quote CoffeeOverdose 21-6-2023 05:24 PM
Radhi ni zaman iol awal remaja dlu adala rupa. Skrg ni npk selekeh pulak dia eh.
Quote samshik 21-6-2023 10:22 PM
300k ko minta  tu kan... I olls xsure laki chu olls mampoo.. Smoga duit nafkah jd asbab he olls xmampoo nk mndadih agi lahhh
Quote Aneem 21-6-2023 10:34 PM
Baru ada akal.
Biar kau muflis tinggal bulu je.
Suka hati nak belasah pompuan dah kenapa, hanat.
Quote rosedemon 22-6-2023 08:44 AM
hm ada ke duitttt
Quote NazRysha 22-6-2023 04:24 PM
samshik replied at 21-6-2023 10:22 PM
300k ko minta  tu kan... I olls xsure laki chu olls mampoo.. Smoga duit nafkah jd asbab he olls xmam ...

kalau baca tu rm1000 sebulan ansur2
ex jadikan itu as nafkah anak jugak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.175232 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top