CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kilafairy Puas Dapat Jaga Rohana Jalil, "Mama Pesan Supaya Berpijak Pada Tanah, Kalau Nampak Orang Lebih Tua Salam Dan Cium Tangan"

21-6-2023 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1683| Komen: 11

Kilafairy berasa puas dapat menjaga ibunya iaitu Rohana Jalil sepanjang Allahyarham menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Selangor sejak April lalu.


Sebagai anak dia sudah melakukan yang terbaik untuk ibunya dan reda dengan pemergian Rohana.

Foto: IG

"Sedih tapi saya ada bersamanya sejak dari awal sehingga akhir. Alhamdulillah.

"Dia pergi pun pada hari yang baik, 10 hari yang penting dalam setahun. Kita tahu dia pergi dalam keadaan baik. Saya sentiasa berada di sisinya sepanjang dia menerima rawatan.

"Mungkin disebabkan itu juga saya rasa tenang sebab sebagai anak saya sudah buat yang terbaik... saya tahu dia gembira dan tersenyum. Lega saya," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Kila memberitahu dia akan merindui semua perkara tentang ibunya memandangkan dia anak paling rapat dengan arwah.

Setiap pesanan ditinggalkan Allahyarham akan disemat dalam hati selain berjanji akan melaksanakan hasrat Rohana yang belum kesampaian.

"Masakan dia seperti lontong, laksa... lawak dia, semua tentang dia. Saya memang selalu berdua dengan dia.

"Mama selalu pesan supaya sentiasa berpijak pada tanah, setinggi mana pun saya pergi kalau nampak orang lebih tua salam dan cium tangan.

"Pesanan-pesanan seperti itu yang akan saya pegang selamanya," jelasnya.



Pada malam Selasa, Rohana atau Dara Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhirnya HCTM kira-kira pukul 11.33 malam.

Pada Isnin lalu, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.

Rohana juga ketika itu tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.

Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.

Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.

Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Musafir Lalu, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 21-6-2023 02:46 PM
Al Fatihah
tapi tak sebut la dia ada lagi sorang anak angkat perempuan yg 1st
Quote Mamason 21-6-2023 02:58 PM
Innalillahiwainnailahirojiunn... Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang solehah.. aaminn...
Quote dudaberhias 21-6-2023 03:28 PM
innalillah semoga rohnya di tempatkan dengan orang orang yang beriman...

memang pergi dalam keadaan baik la kiranya sebab dia pun dah banyak berubah dan takde pun gosip2 pelik sejak beberapa tahun ni... dia buat hal dia sendiri je... last dapat jugak tunai umrah kan...
Quote helicornia 21-6-2023 03:38 PM
kila pakai tudung bulat melekap pun cantik. kalau aku  pakai gitu keluar muka besar pinggan
Quote MatDeghem 21-6-2023 03:58 PM
mama nya tak pesan jangan buat bariatrik....
Quote cikperiukkera 21-6-2023 03:59 PM
jlo replied at 21-6-2023 02:46 PM
Al Fatihah
tapi tak sebut la dia ada lagi sorang anak angkat perempuan yg 1st

Ooo yg berisi sikit tu ank angkat arwah ke? Igtkn ank tiri kot2 sblm tu laki dia pn kawen lain…
Quote hzln 21-6-2023 04:11 PM
cikperiukkera replied at 21-6-2023 03:59 PM
Ooo yg berisi sikit tu ank angkat arwah ke? Igtkn ank tiri kot2 sblm tu laki dia pn kawen lain…

Dulu2 ada dengar juga laki dia ada bini mudo. Duluuuuuuu la, dan tatau kepastian betul ke tak.
Quote Ninani 21-6-2023 04:15 PM
Arwah ayah aku dulu sakit 6 bulan sebelum meninggal. Abang aku pun sama. Kehilangan akibat sakit yg lama ni lain sikit. Sepanjang arwah sakit tu, perlahan-lahan hati kita ni terbit rasa redha utk melepaskan. Mungkin sebab tak sanggup tgk diorang terseksa. Sedih tu tetap ada. Smpai sekarang masih ada. Tp rasanya lebih parah kalau kehilangan org tersayang secara mengejut mcm Bunga Citra lestari tu  
Quote rosedemon 22-6-2023 08:42 AM
smeoga yg baik2 utk kila cpt kawen ya
Quote kepompong 22-6-2023 09:29 AM
hzln replied at 21-6-2023 04:11 PM
Dulu2 ada dengar juga laki dia ada bini mudo. Duluuuuuuu la, dan tatau kepastian betul ke tak.

kalau pernah ada… patotla insecure… kesian
Quote Suchi 22-6-2023 09:35 AM
jlo replied at 21-6-2023 02:46 PM
Al Fatihah
tapi tak sebut la dia ada lagi sorang anak angkat perempuan yg 1st

Anak arwah ada berapa org sebenarnya?
Rasa mcm ramai je bila tgk gambar dedulu yg bersusun masa tu kila muka lama lagi.
Kiranya takda yg kahwin lagi ker atau anak yg sorang lagi dah kwen ke blm ye? Rasa mcm dah tua2 dah belaka anak2 arwah kan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077148 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top