Lelaki Belanda berusia 42 tahun yang didakwa mahkamah menjadi penyumbang kepada kelahiran lebih 550 anak di seluruh dunia, dilaporkan masih menderma spermanya. Malah, lelaki itu yang diarahkan mahkamah untuk berhenti daripada menghasilkan lebih ramai anak, kini menyatakan mahu mempunyai keluarga sendiri.
Lapor Daily Mail, Jonathan Jacob Meijer mendakwa dia hanya menderma spermanya kepada wanita yang sebelum ini pernah mengandung anak hasil pendermaan `benihnya’. Mahkamah dalam satu keputusan baru-baru ini membenarkan tindakan demikian dilakukan. Menurut Jonathan, dia berharap agar dapat membesarkan anak-anaknya sendiri pada suatu hari nanti. “Saya mahu memiliki keluarga sendiri dengan mempunyai lima orang anak,” katanya. Awal bulan ini, Jonathan didakwa menderma spermanya kepada seorang wanita warga Belanda.
Dilaporkan, dia akan mengunjungi Serbia dan Itali untuk melawat beberapa ibu kepada anak hasil pendermaan spermanya pada minggu ini. Jonathan disyaki mempunyai lebih 550 anak di seluruh dunia melalui pendermaan sperma. Kira-kira 375 anak menggunakan sperma didermakan Jonanthan menetap di Belanda, 80 lagi di Jerman, 35 (Belgium), empat (Argentina) dan dua di Australia. Jonathan mula menderma spermanya pada tahun 2007 selepas mendaftar sebagai penderma di 11 buah klinik kesuburan dan bank sperma Denmark Cryos. Dia juga didapati menawarkan perkhidmatan menderma spermanya kepada pasangan yang tidak mempunyai anak menerusi laman sosial media. Pada awal tahun ini, mahkamah Belanda melarang Jonanthan daripada menderma spermanya lagi kepada klinik kesuburan. Jonathan yang juga pemuzik dari The Hague, boleh dikenakan denda sejumlah 88,000 pound (RM493,353) bagi setiap pelanggaran. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT